Hadith List
1. Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak berkata buruk, dan tidak melakukan maksiat, maka dia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya
عربي
English
Urdu
2. “Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”
عربي
English
Urdu
3. Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan - 6 ملاحظة
عربي
English
Urdu
4. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala
عربي
English
Urdu
5. Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
6. Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya
عربي
English
Urdu
7. Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada
عربي
English
Urdu
8. Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik
عربي
English
Urdu
9. Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
10. Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
11. Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya
عربي
English
Urdu
12. Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka
عربي
English
Urdu
13. Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)
عربي
English
Urdu
14. Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga
عربي
English
Urdu
15. Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia menetap dan sihat - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
16. Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'
عربي
English
Urdu
17. Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian
عربي
English
Urdu
18. “Bersugi itu menyucikan mulut, dan mendatangkan keredaan Tuhan.” - 14 ملاحظة
عربي
English
Urdu
19. Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar - 12 ملاحظة
عربي
English
Urdu
20. Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka - 8 ملاحظة
عربي
English
Urdu
21. Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
22. Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin
عربي
English
Urdu
23. Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya
عربي
English
Urdu
24. Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita
عربي
English
Urdu
25. Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya - 6 ملاحظة
عربي
English
Urdu
26. Agama itu nasihat
عربي
English
Urdu
27. “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
28. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
29. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat untuknya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berazam serta melakukannya maka Allah mencatat baginya di sisi-Nya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda yang lebih banyak.
Dan sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat buatnya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna.
Namun jika dia berazam serta melakukannya maka Allah akan menulis baginya satu kejahatan sahaja
عربي
English
Urdu
30. Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan - 6 ملاحظة
عربي
English
Urdu
31. Islam ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika engkau mampu melaksanakannya
عربي
English
Urdu
32. Jangan marah - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
33. “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.” - 6 ملاحظة
عربي
English
Urdu
34. “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
عربي
English
Urdu
35. “Sesiapa yang melakukan dalam urusan kami sesuatu yang bukan (berasal) daripadanya, maka ia ditolak - 2 ملاحظة
عربي
English
Urdu
36. Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas Diri-Ku, dan menjadikannya haram antara kamu semua, maka janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain - 4 ملاحظة
عربي
English
Urdu
37. Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah - 10 ملاحظة
عربي
English
Urdu
38. “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam - 4 ملاحظة
عربي
English
Urdu
39. Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia - 10 ملاحظة
عربي
English
Urdu