عن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
«هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُون» قالها ثلاثًا.

[صحيح] - [رواه مسلم] - [صحيح مسلم: 2670]
المزيــد ...

Daripada Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)," baginda mengucapkannya tiga kali.

[صحيح] - [رواه مسلم] - [صحيح مسلم - 2670]

Explanation

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu tentang kekecewaan dan kerugian golongan yang berlebih-lebihan - tanpa petunjuk dan ilmu - dalam urusan agama dan dunia mereka, serta dalam perkataan dan perbuatan mereka, yang melampaui batasan syarak yang dibawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.

Benefits from the Hadith

  1. Pengharaman sikap melampau dan memberat-beratkan diri dalam semua urusan, serta seruan untuk menghindarinya dalam segala hal; khususnya dalam ibadah dan memuliakan orang-orang soleh.
  2. Menuntut kesempurnaan dalam ibadah dan selainnya adalah perkara yang terpuji, dan ia dicapai dengan mengikuti syarak.
  3. Disunnahkan untuk menegaskan perkara yang penting, kerana Nabi ﷺ mengulang kalimat ini sebanyak tiga kali.
  4. Kelapangan dan Kemudahan Islam.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (69)