1. Home
  2. Categories
  3. The Creed

Hadith Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya

عن جندب رضي الله عنه قال:
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ بِخَمْسٍ وَهُوَ يَقُولُ «إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللهِ أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْ خَلِيلٌ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى قَدِ اتَّخَذَنِي خَلِيلًا كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا، وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلًا! أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ! إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ».

Daripada Jundub رضي الله عنه, beliau berkata:
Lima hari sebelum Nabi SAW wafat, saya mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya saya hendak melantik seorang kekasih dalam kalangan umat saya, tentulah saya melantik Abu Bakar sebagai kekasih. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Saya melarang kalian daripada itu.”

صحيح رواه مسلم صحيح مسلم - 532

Explanation

Nabi ﷺ mengkhabarkan tentang kedudukan baginda di sisi Allah Ta‘ala, dan bahawa ia telah mencapai darjat kecintaan yang tertinggi, sebagaimana yang telah dicapai oleh Nabi Ibrahim AS. Oleh sebab itu, baginda menafikan mempunyai seorang kekasih selain Allah; kerana hati baginda dipenuhi dengan kecintaan, pengagungan dan makrifah kepada Allah Ta‘ala, sehingga tiada lagi ruang di dalamnya untuk sesiapa pun selain Allah. Sekiranya baginda mempunyai seorang khalil daripada kalangan makhluk, pastinya ia adalah Abu Bakar al-Siddiq RA. Kemudian baginda memberi amaran agar tidak melampaui batas dalam kecintaan, seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan-tuhan syirik yang disembah selain Allah, serta mendirikan masjid dan tempat-tempat ibadat di atas kubur mereka. Baginda ﷺ telah melarang umatnya daripada melakukan perbuatan seperti mereka.

Benefits from the Hadith

  1. Keutamaan Abu Bakar al-Siddiq RA, dan bahawa beliau adalah Sahabat yang paling afdal dan manusia yang paling layak menjadi khalifah Rasulullah ﷺ selepas kewafatan baginda.
  2. Membina masjid di atas perkuburan merupakan salah satu kemungkaran umat-umat terdahulu.
  3. Larangan untuk menjadikan kubur sebagai tempat-tempat ibadah di mana solat didirikan di sisinya atau menghadap ke arahnya, dan dibina di atasnya masjid atau kubah, sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalam syirik disebabkan perbuatan tersebut.
  4. Peringatan berkenaan sikap ghuluw (melampau) terhadap orang-orang soleh kerana ia membawa kepada syirik.
  5. Seriusnya peringatan Nabi ﷺ, kerana baginda telah menekankannya lima malam sebelum kewafatan baginda.

View Translations

68 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية