1. Home
  2. Categories
  3. The Creed

Hadith Islam itu dibina atas lima perkara

عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ عُمَر رضي الله عنهما قال: قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم:
«بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ».

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Islam itu dibina atas lima perkara: Mengucapkan syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji bagi yang mampu dan berpuasa pada bulan Ramadan.

صحيح متفق عليه صحيح مسلم - 16

Explanation

Nabi ﷺ mengumpamakan bahawa Islam itu seperti sebuah bangunan yang kukuh dengan lima tiang serinya sebagai sendi binaan tersebut, manakala amalan-amalan lain dalam Islam berfungsi sebagai penyempurna binaan itu. Rukun pertama daripada lima rukun itu ialah dua kalimah syahadah iaitu mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah pesuruh Allah. Kedua-duanya merupakan satu rukun yang tidak boleh dipisahkan. Dengan mengucapkannya, seorang hamba mengakui keesaan Allah, mengesahkan bahawa hanya Dia yang layak disembah bukan selainnya, beramal selari dengan pengakuan itu, serta mempercayai dan mengikuti risalah Muhammad ﷺ. Rukun kedua ialah menunaikan solat, iaitu lima solat fardhu yang diwajibkan setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, dengan menunaikannya mengikut syarat, rukun, dan kewajipan yang ditetapkan. Rukun ketiga ialah menunaikan zakat yang diwajibkan, iaitu ibadah harta yang wajib dikeluarkan daripada setiap harta yang mencapai nisab tertentu menurut syarak, dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya. Rukun keempat ialah menunaikan haji, iaitu pergi ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji sebagai pengabdian kepada Allah ﷻ. Rukun kelima ialah puasa Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat beribadah kepada Allah ﷻ bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Benefits from the Hadith

  1. Kedua-dua kalimah syahadah saling berkait. Maka tidak sah yang satu tanpa yang lain. Oleh itu, kedua-duanya dijadikan sebagai satu rukun.
  2. Syahadah merupakan asas agama, maka tiada perkataan atau amalan yang diterima melainkan dengannya.

View Translations

64 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية