عن أبي سعيد الخُدْريِّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
«مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ».
[صحيح] - [رواه مسلم] - [صحيح مسلم: 49]
المزيــد ...
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman."
[صحيح] - [رواه مسلم] - [صحيح مسلم - 49]
Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan supaya mengubah kemungkaran iaitu segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya menurut kemampuan. Maka apabila seseorang melihat kemungkaran, wajiblah dia mengubahnya dengan tangan sekiranya berkemampuan. Sekiranya dia tidak mampu (mengubah dengan tangan), hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, iaitu dengan menegur pelakunya, menjelaskan kemudaratannya serta membimbingnya kepada kebaikan sebagai ganti kejahatan tersebut. Sekiranya dia tidak mampu sampai kepada tahap ini, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, iaitu dengan membenci kemungkaran tersebut dan berazam bahawa jika dia mampu mengubahnya, dia pasti akan melakukannya. Mengubah dengan hati merupakan tahap iman yang paling lemah dalam usaha mengubah kemungkaran.