عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَخْلَقُ فِي جَوْفِ أَحَدِكُمْ كَمَا يَخْلَقُ الثَّوْبُ الْخَلِقُ، فَاسْأَلُوا اللَّهَ أَنْ يُجَدِّدَ الْإِيمَانَ فِي قُلُوبِكُمْ».

[صحيح] - [رواه الحاكم والطبراني] - [المستدرك على الصحيحين: 5]
المزيــد ...

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya iman juga melapuk dalam dada seseorang, seperti lapuknya bajunya. Maka pintalah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hati kalian."

[صحيح] - [رواه الحاكم والطبراني] - [المستدرك على الصحيحين - 5]

Explanation

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa iman menjadi lapuk di dalam hati seorang Muslim dan melemah, sama seperti pakaian baharu yang menjadi lapuk kerana lama digunakan; Ini adalah kerana lemahnya ibadah, atau melakukan maksiat dan tenggelam dalam syahwat. Maka Nabi ﷺ membimbing kita agar berdoa kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperbaharui iman kita, dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan, memperbanyakkan zikir dan istighfar.

Benefits from the Hadith

  1. Galakan untuk memohon kepada Allah ketetapan dan memperbaharui iman di dalam hati.
  2. Iman ialah pengakuan, amalan dan iktikad, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan maksiat.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (68)