عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: إنه سمع نبي الله صلى الله عليه وسلم يقول:
«لَو أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ، لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا».
[صحيح] - [رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد] - [مسند أحمد: 205]
المزيــد ...
Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, bahawa beliau mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
[صحيح] - [رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد] - [مسند أحمد - 205]
Nabi صلى الله عليه وسلم mendorong kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah عز وجل dalam mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan, baik dalam urusan dunia mahupun agama, kerana tiada yang memberi, menahan, memudaratkan, atau memberi manfaat selain daripada-Nya. Kita juga disuruh melakukan sebab-sebab yang mendatangkan manfaat dan menolak kemudaratan dengan kebergantungan penuh kepada Allah. Apabila kita melakukannya maka Allah akan memberi rezeki kepada kita sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang. Perbuatan burung ini merupakan salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki, bukan bermaksud bertawakal sambil bersikap malas atau tidak berusaha.