عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزَقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا».
[صحيح] - [رواه الإمام أحمد، والترمذي، والنسائي، وابن ماجه، وابن حبان في صحيحه، والحاكم] - [الأربعون النووية: 49]
المزيــد ...
Daripada ‘Umar bin al-Khattāb رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda:
“Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
[صحيح] - [رواه الإمام أحمد والترمذي والنسائي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه والحاكم] - [الأربعون النووية - 49]
Nabi صلى الله عليه وسلم mendorong kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah عز وجل dalam mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan, baik dalam urusan dunia mahupun agama, kerana tiada yang memberi, menahan, memudaratkan, atau memberi manfaat selain daripada-Nya. Kita juga disuruh melakukan sebab-sebab yang mendatangkan manfaat dan menolak kemudaratan dengan kebergantungan penuh kepada Allah. Apabila kita melakukannya maka Allah akan memberi rezeki kepada kita sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang. Perbuatan burung ini merupakan salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki, bukan bermaksud bertawakal sambil bersikap malas atau tidak berusaha.