1. Home
  2. Categories
  3. Virtues and Manners

Hadith Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mewajibkan, satu amalan yang dibalas setimpal, satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, dan satu kebaikan dibalas tujuh ratus kali ganda

عَنْ خُرَيْمِ بْنِ فَاتِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«الْأَعْمَالُ سِتَّةٌ، وَالنَّاسُ أَرْبَعَةٌ، فَمُوجِبَتَانِ، وَمِثْلٌ بِمِثْلٍ، وَحَسَنَةٌ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، وَحَسَنَةٌ بِسَبْعِ مِائَةٍ، فَأَمَّا الْمُوجِبَتَانِ: فَمَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ، وَأَمَّا مِثْلٌ بِمِثْلٍ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ حَتَّى يَشْعُرَهَا قَلْبُهُ، وَيَعْلَمَهَا اللهُ مِنْهُ كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً، وَمَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً، كُتِبَتْ عَلَيْهِ سَيِّئَةً، وَمَنْ عَمِلَ حَسَنَةً فَبِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، وَمَنْ أَنْفَقَ نَفَقَةً فِي سَبِيلِ اللهِ فَحَسَنَةٌ بِسَبْعِ مِائَةٍ، وَأَمَّا النَّاسُ، فَمُوَسَّعٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا مَقْتُورٌ عَلَيْهِ فِي الْآخِرَةِ، وَمَقْتُورٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا مُوَسَّعٌ عَلَيْهِ فِي الْآخِرَةِ، وَمَقْتُورٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمُوَسَّعٌ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ».

Daripada Khuraim bin Fatik رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
«Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mewajibkan, satu amalan yang dibalas setimpal, satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, dan satu kebaikan dibalas tujuh ratus kali ganda. Adapun dua amalan yang mewajibkan itu: sesiapa yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun nescaya dia masuk syurga, dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya dia masuk neraka. Adapun amalan yang dibalas setimpal: sesiapa yang berniat melakukan satu kebaikan sehingga hatinya merasainya dan Allah mengetahui niatnya itu, maka dicatatkan untuknya satu kebaikan. Dan sesiapa yang melakukan satu kejahatan, maka dicatatkan ke atasnya satu kejahatan. Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, maka ganjarannya sepuluh kali ganda, dan sesiapa yang menginfakkan sesuatu pada jalan Allah, maka kebaikannya digandakan tujuh ratus kali. Adapun manusia pula, ada yang dilapangkan (rezekinya) di dunia tetapi disempitkan di akhirat, ada yang disempitkan di dunia tetapi dilapangkan di akhirat, ada yang disempitkan di dunia dan di akhirat, dan ada yang dilapangkan di dunia dan di akhirat».

حسن رواه أحمد مسند أحمد - 18900

Explanation

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa amalan terbahagi kepada enam jenis, dan manusia terbahagi kepada empat golongan. Enam amalan tersebut ialah:
Pertama: Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka wajiblah baginya syurga.
Kedua: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah, maka wajiblah neraka ke atasnya, dan dia akan kekal di dalamnya.
Dan keduanya adalah yang mewajibkan.
Dan yang ketiga: Kebaikan yang diniatkan. Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan, dan dia tulus dalam niatnya sehingga merasakannya di dalam hati dan Allah mengetahui niatnya itu, kemudian dia dihalangi oleh sesuatu perkara lalu tidak mampu melakukan kebaikan tersebut, maka ditulis baginya satu kebaikan yang sempurna.
Dan yang keempat: Kejahatan yang dilakukan, sesiapa yang melakukan satu kejahatan, ia ditulis sebagai satu kejahatan sahaja.
Keduanya ialah: satu balasan yang serupa, tanpa penggandaan.
Dan kelima: Satu kebaikan menjadi sepuluh kebaikan sepertinya, iaitu bagi sesiapa yang berniat melakukan kebaikan dan melakukannya; maka ditulis baginya sepuluh kebaikan.
Keenam, satu kebaikan boleh menjadi tujuh ratus kebaikan, iaitu sesiapa yang menginfakkan sesuatu di jalan Allah akan dicatat baginya ganjaran setara tujuh ratus kebaikan. Ini adalah limpah kurnia dan kemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.
Adapun empat golongan manusia ialah:
Pertama: Orang yang dilapangkan rezekinya di dunia, hidup dalam kenikmatan dan mendapat apa sahaja yang dikehendakinya, tetapi kehidupannya disempitkan di akhirat dan kesudahannya adalah ke neraka, iaitu orang kafir yang kaya.
Kedua: Orang yang disempitkan rezekinya di dunia, tetapi diberikan kelapangan di akhirat dan tempat kembalinya adalah ke syurga. Dia ialah mukmin yang fakir.
Ketiga: Orang yang disempitkan di dunia dan akhirat, iaitu orang kafir yang fakir.
4. Orang yang diberi kelapangan di dunia dan akhirat, iaitu orang mukmin yang kaya.

Benefits from the Hadith

  1. Besarnya kurniaan Allah Ta‘ala terhadap hamba-hamba-Nya dan pelipatgandaan-Nya bagi pahala kebaikan.
  2. Keadilan dan kemurahan Allah, kerana Dia memperlakukan kita dengan adil dalam hal keburukan, maka balasan bagi satu keburukan adalah satu.
  3. Besarnya dosa syirik kepada Allah, kerana ia menyebabkan pengharaman daripada syurga.
  4. Penjelasan Kemuliaan Infak di Jalan Allah.
  5. Pahala berlipat ganda bagi infak pada jalan Allah bermula daripada tujuh ratus kali ganda; kerana ia membantu meninggikan kalimah Allah.
  6. Penjelasan tentang jenis-jenis manusia dan perbezaan mereka.
  7. Di dunia, kelapangan diberikan buat orang beriman dan selainnya, manakala di akhirat, ia dikhususkan hanya buat orang beriman.

View Translations

67 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية