عن النُّعمان بن بَشير رضي الله عنه قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ -وَأَهْوَى النُّعْمَانُ بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ-:
«إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ».

Daripada Nuʿmān bin Bashīr رضي الله عنه, beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda – sambil Nuʿmān mengisyaratkan kedua-dua jarinya ke telinganya:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar), yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang menjaga diri daripada perkara-perkara syubhah, dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, dia akan terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki kawasan larangan, dan ketahuilah bahawa kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati."

صحيح متفق عليه صحيح مسلم - 1599

Explanation

Nabi ﷺ menjelaskan satu kaedah umum mengenai sesuatu perkara, bahawa dalam syariat ia terbahagi kepada tiga kategori: perkara yang jelas halal, perkara yang jelas haram, dan perkara-perkara yang meragukan (syubhah) yang tidak jelas hukumnya dari sudut halal atau haramnya, yang mana ramai orang tidak mengetahui hukumnya.
Maka sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara yang meragukan untuknya maka agamanya akan selamat kerana menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perkara haram, dan maruahnya juga akan terpelihara daripada celaan manusia disebabkan perbuatannya terhadap perkara yang meragukan itu. Dan sesiapa yang tidak menjauhi perkara-perkara syubhah, dia telah mendedahkan dirinya sama ada kepada dosa kerana terjatuh ke dalam perkara haram atau kepada celaan manusia terhadap maruahnya. Rasulullah ﷺ memberikan satu perumpamaan untuk menjelaskan keadaan orang yang melakukan perkara syubhah bahawa ia seperti seorang pengembala yang mengembala ternakannya berhampiran kawasan larangan milik seorang pemilik tanah, sehingga hampir-hampir ternakannya memasuki kawasan tersebut kerana terlalu dekat dengannya. Begitu jugalah orang yang melakukan perkara syubhah, dia telah mendekatkan dirinya dengan perkara haram sehingga hampir-hampir terjatuh ke dalamnya. Setelah itu, Nabi ﷺ memberitahu bahawa di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, iaitu hati. Apabila hati itu baik, baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh tubuh.

Benefits from the Hadith

  1. Galakan supaya meninggalkan perkara yang meragukan, iaitu perkara yang belum jelas hukumnya.

View Translations

69 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية