1. Home
  2. Categories
  3. Virtues and Manners

Hadith Maka apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya, maka mereka itulah golongan yang Allah maksudkan, maka berwaspadalah terhadap mereka

عَنْ ‌عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ:
تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: {هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ، وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ، وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ} [آل عمران: 7]. قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللهُ، فَاحْذَرُوهُمْ».

Daripada Aisyah RA, beliau berkata:
Rasulullah ﷺ membacakan ayat ini: “Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu, di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi al-Kitab dan yang lain (adalah) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada kecenderungan kepada kesesatan, maka mereka mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya kerana hendak menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya, semuanya dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang berakal.” [Ali 'Imran: 7]. Dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Maka apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya, maka mereka itulah golongan yang Allah maksudkan, maka berwaspadalah terhadap mereka.”

صحيح متفق عليه صحيح البخاري - 4547

Explanation

Rasulullah ﷺ membaca ayat ini: “Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran), sebahagian daripadanya ialah ayat-ayat yang muhkamat (jelas dan nyata maknanya), yang menjadi ibu (pokok) kepada isi al-Quran, dan sebahagian yang lain ialah ayat-ayat yang mutasyabihat (samar-samar atau mengandungi beberapa makna). Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran, maka mereka mengikuti apa yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya (yang salah). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya (al-Quran), semuanya datang daripada Tuhan kami.” Dan tidak ada yang dapat mengambil pengajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.” Di dalam ayat ini, Allah SWT memberitahu bahawa Dialah yang menurunkan al-Quran kepada Nabi-Nya. Sebahagian daripada al-Quran ialah ayat-ayat yang jelas petunjuknya, diketahui hukum-hukumnya tanpa sebarang kekeliruan; ia merupakan asas dan rujukan bagi al-Quran, serta menjadi rujukan ketika berlaku perselisihan. Sebahagian yang lain pula ialah ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna, yang maknanya menjadi kabur bagi sesetengah orang, atau mereka menyangka wujud percanggahan antara ayat-ayat tersebut dengan ayat yang lain. Kemudian Allah menjelaskan cara manusia berinteraksi dengan ayat-ayat ini. Orang yang dalam hatinya ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran akan meninggalkan ayat-ayat yang muhkam (jelas), dan berpegang pada ayat-ayat yang mutasyabih (yang mengandungi pelbagai kemungkinan makna). Mereka berbuat demikian untuk mencetuskan syubhah dan menyesatkan manusia, dan untuk menakwilkannya mengikut hawa nafsu mereka. Adapun orang yang mantap ilmunya, mereka mengetahui (hakikat) ayat-ayat mutasyabih ini, lalu merujukkannya kepada ayat-ayat yang muhkam. Mereka beriman kepadanya dan (yakin) bahawa semuanya datang daripada Allah SWT, serta tidak mungkin berlaku sebarang kekeliruan atau percanggahan. Namun, tiada yang dapat mengambil peringatan dan pengajaran daripadanya melainkan orang yang memiliki akal yang waras. Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepada Ummul Mukminin Aisyah RA, bahawa jika beliau melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabih, maka merekalah golongan yang dimaksudkan oleh Allah dalam firman-Nya: "Adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada kecenderungan menyeleweng daripada kebenaran." Baginda menambah: "Maka berhati-hatilah dengan mereka dan janganlah kamu mendengar mereka."

Benefits from the Hadith

  1. Al-Muhkam daripada ayat-ayat al-Quran: ialah apa yang jelas dalalahnya dan zahir maknanya, dan al-Mutasyabih: ialah apa yang mengandungi lebih daripada satu makna dan memerlukan penelitian dan kefahaman.
  2. Amaran daripada bergaul dengan golongan yang menyeleweng, ahli bidaah, dan mereka yang mencetuskan kekeliruan untuk menyesatkan manusia dan menimbulkan keraguan.
  3. Pada penutup ayat ini dengan firman Allah ﷻ: “Dan tiada yang mengambil peringatan melainkan Ulul Albab”, ia merupakan sindiran kepada orang yang menyeleweng, dan pujian kepada orang yang teguh. Yakni: Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran dan iktibar, serta mengikut hawa nafsunya, bukanlah daripada kalangan Ulul Albab.
  4. Mengikuti (perkara-perkara) mutasyabih menyebabkan penyimpangan hati.
  5. Kewajipan mengembalikan ayat-ayat mutasyabihah yang mungkin tidak difahami maknanya kepada ayat-ayat muhkamat.
  6. Allah SWT menjadikan sebahagian al-Quran muhkam dan sebahagiannya pula mutasyabih; sebagai ujian kepada manusia agar dapat dibezakan antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat.
  7. Kewujudan ayat-ayat mutashabih dalam al-Quran adalah untuk menzahirkan keutamaan para ulama berbanding yang lain, dan menyedarkan akal akan kekurangannya; agar ia tunduk menyerah diri kepada Penciptanya dan mengakui kelemahannya.
  8. Keutamaan kedalaman ilmu dan keperluan ketekunan padanya.
  9. Para mufassir (ahli tafsir) mempunyai dua pendapat tentang waqaf (berhenti) pada lafaz {Allah} dalam firman-Nya: { وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم }. Bagi yang berhenti pada lafaz {Allah}, maka maksud ta'wil ialah ilmu tentang hakikat dan inti pati sesuatu, iaitu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal seperti urusan roh dan hari kiamat, yang ilmunya hanya khusus bagi Allah. Adapun al-Rasikhun fi al-'Ilm (orang-orang yang mendalam ilmunya) beriman dengannya dan menyerahkan hakikatnya kepada Allah, lalu mereka berserah diri dan selamat. Manakala bagi yang menyambung bacaan (wasal) tanpa berhenti pada lafaz {Allah}, maka maksud ta'wil ialah tafsir, pendedahan dan penjelasan. Maka Allah mengetahuinya, dan al-Rasikhun fi al-'Ilm juga mengetahuinya; lalu mereka beriman dengannya dan mengembalikannya kepada (ayat-ayat) yang muhkam.

View Translations

67 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية