Category:

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ».

[قال النووي: حديث صحيح] - [رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح] - [الأربعون النووية: 41]
المزيــد ...

Daripada Abu Muhammad, ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa."

[قال النووي: حديث صحيح] - [رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح] - [الأربعون النووية - 41]

Explanation

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seseorang itu tidak menjadi mukmin yang sempurna imannya sehingga kecintaannya mengikuti apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ berupa perintah dan larangan serta syariat-syariat lain. Dia mencintai apa yang diperintahkan dan membenci apa yang dilarang.

Benefits from the Hadith

  1. Hadis ini menjadi asas dalam menyerahkan diri kepada syariat dan patuh kepadanya.
  2. Ia merupakan peringatan kepada manusia bahawa sesiapa yang menghukum menggunakan akal atau adatnya sendiri dan mendahulukannya melebihi apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ, maka iman orang tersebut boleh terjejas atau terhapus.
  3. Kewajipan menjadikan syariat sebagai hukum dalam setiap perkara, berdasarkan firman baginda: (bagi apa yang aku bawa).
  4. Iman seseorang bertambah dengan ketaatan kepada Allah dan berkurang apabila melakukan maksiat.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (56)
Categories
More ...