عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ أَبِي مُوسَى الأَشْعَريِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَهُ إِلَى اليَمَنِ، فَسَأَلَهُ عَنْ أَشْرِبَةٍ تُصْنَعُ بِهَا، فَقَالَ: وَمَا هِيَ؟، قَالَ: «البِتْعُ وَالمِزْرُ»، فَقِيلَ لِأَبِي بُرْدَةَ: مَا البِتْعُ؟ قَالَ: نَبِيذُ العَسَلِ، وَالمِزْرُ: نَبِيذُ الشَّعِيرِ، فَقَالَ: «كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ» خرجه البخاري. وَخَرَّجَهُ مُسْلِمٌ وَلَفْظُهُ: قَالَ: بَعَثَنِي رَسُولُ اَلله أَنَا وَمُعَاذٌ إِلَى اَليَمَنِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولُ اَللَّهِ! إِنَّ شَرَابًا يُصْنَعُ بِأَرْضِنَا يُقَال لَهُ: المِزَرُ مِنَ الشَّعِيرِ، وَشَرَابٌ يُقَالُ لَهُ: البِتْعُ مِنَ العَسَلِ، فَقَالَ: «كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ». وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ: «فَقَالَ: كُلُّ مَا أَسْكَرَ عَنِ الصَّلَاةِ فَهُوَ حَرَامٌ». وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ: «وَكَانَ رَسُولُ الله قَدْ أُعْطِيَ جَوَامِعَ الكَلِمِ بِخَوَاتِمِهِ، فَقَالَ: أَنْهَى عَنْ كُلِّ مُسْكِرٍ أَسْكَرَ عَنْ الصَّلَاةِ».

Daripada Abu Burdah, daripada bapanya, Abu Musa al-Asy‘ari رضي الله عنه:
Nabi ﷺ mengutusnya ke Yaman, lalu baginda bertanya kepadanya tentang minuman yang dibuat di sana, dengan berkata: “Apakah (minuman yang dibuat di sana)?” Dia menjawab: “Al-Bit‘ dan Al-Mizr.” Lalu ditanyakan kepada Abu Burdah: “Apakah Al-Bit‘?” Dia menjawab: “Arak madu,” dan Al-Mizr: “Arak barli.” Maka Nabi ﷺ bersabda: “Segala yang memabukkan adalah haram.” (HR. al-Bukhari) Diriwayatkan oleh Muslim, lafaznya: Beliau berkata; Nabi ﷺ mengutuskan aku dan Mu‘az ke Yaman. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, di tanah kami dibuat minuman yang disebut Al-Mizr daripada barli, dan minuman yang disebut Al-Bit‘ daripada madu.” Maka Baginda ﷺ bersabda: “Segala yang memabukkan adalah haram.” Dalam riwayat Muslim (yang lain): “Baginda bersabda: Segala yang memabukkan hingga menghalang seseorang daripada menunaikan solat, maka ia haram.” Dan dalam riwayatnya yang lain: “Rasulullah ﷺ dikurniakan tutur kata ringkas yang sarat dengan makna, maka baginda bersabda: Aku melarang segala yang memabukkan sehingga menghalang seseorang daripada menunaikan solat.”

صحيح رواه البخاري ومسلم الأربعون النووية - 46

Explanation

Abu Musa al-Asy‘ari رضي الله عنه menceritakan bahawa Nabi ﷺ menghantarnya ke Yaman. Di sana, beliau ditanya tentang minuman yang dibuat di situ sama ada ia haram atau tidak, lalu Nabi ﷺ menanyakan kepadanya mengenai hal itu untuk mendapatkan penjelasan. Lalu Abu Musa رضي الله عنه menjawab: “Ia adalah al-Bat‘: Arak daripada madu, dan al-Mazar: Arak daripada barli.” Lalu Nabi ﷺ bersabda, dan baginda dikurniakan ucapan yang merangkumi segala hukum: “Segala yang memabukkan adalah haram.”

Benefits from the Hadith

  1. Nabīdh ialah air yang dicampurkan dengan kurma, madu, barli atau seumpamanya. Ia mengambil rasa dan manis daripada bahan tersebut, dan kadang-kadang boleh melalui proses penapaian sehingga menjadi memabukkan.
  2. Hadis ini menjadi asas dalam pengharaman semua jenis bahan memabukkan seperti arak, ganja, dan lain-lain.
  3. Kepentingan bertanya mengenai perkara yang diperlukan oleh seorang Muslim.
  4. Perkara pertama yang diharamkan berkaitan arak ialah ketika masuk waktu solat, apabila sebahagian Muhajirin menunaikan solat mereka dan membaca al-Quran dalam solat, tetapi bacaan mereka bercampur dan keliru. Maka turunlah ayat Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan.” [Surah al-Nisa’: 43] Ketika itu, penyampai panggilan solat (mu’azzin) Rasulullah ﷺ menyeru: “Jangan mendekati solat dalam keadaan mabuk.” Kemudian Allah mengharamkannya secara mutlak melalui firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan undi nasib menggunakan batang anak panah adalah keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah ia agar kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu hanya ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu melalui arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengingati Allah dan menunaikan solat. Maka, adakah kamu akan berhenti?” [Surah al-Ma’idah: 90-91]
  5. Allah سبحانه وتعالى mengharamkan arak kerana ia mengandungi kemudaratan dan kemungkaran yang besar.
  6. Pengajaran daripada pengharaman ini ialah wujud sifat memabukkan. Sekiranya sesuatu minuman mempunyai sifat memabukkan maka ia diharamkan. Namun, jika ia tidak memabukkan, maka ia dibenarkan.

View Translations

57 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية