Category:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقْد آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وما يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ».

[صحيح] - [رواه البخاري] - [الأربعون النووية: 38]
المزيــد ...

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku wajibkan ke atasnya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia menggenggam, dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku akan memberinya; dan jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, pasti Aku akan melindunginya.”

[صحيح] - [رواه البخاري] - [الأربعون النووية - 38]

Explanation

Nabi ﷺ memberitahu dalam hadis Qudsi bahawa Allah ﷻ berfirman: "Sesiapa yang menyakiti seorang wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku yang dekat dengan-Ku, sehingga dia membuatnya marah dan membencinya, maka Aku memberitahunya dan mengisytiharkan permusuhan terhadapnya." Dan wali itu ialah orang mukmin yang bertakwa, dan sebesar mana keimanan dan ketakwaan seorang hamba, sebesar itu juga bahagian yang diperolehinya dari wilayah (perlindungan dan kasih sayang) Allah. Tidak ada suatu amalan yang seorang Muslim lakukan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya yang lebih dicintai-Nya daripada amalan yang difardukan dan diwajibkan ke atasnya —dengan menunaikan ketaatan dan meninggalkan larangan— Dan dia terus mendekatkan diri kepada Tuhannya melalui amalan sunat berserta yang wajib, sehingga dia memperoleh cinta Allah. Lalu apabila Allah mencintainya, Dia akan membimbingnya dalam empat anggota badan ini: Allah akan membimbingnya pada pendengarannya, maka dia hanya mendengar apa yang diredai Allah. Allah membimbingnya pada penglihatannya, maka dia hanya memandang apa yang disukai dan diredai Allah. Allah membimbingnya pada perbuatan tangannya, maka dia hanya beramal dengan tangannya untuk perkara yang diredai Allah. Allah membimbingnya pada perjalanan kakinya, maka dia hanya berjalan menuju perkara yang diredai Allah dan hanya berusaha menuju ke arah kebaikan. Meskipun demikian, jika dia memohon sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya apa yang dimintanya, maka doanya dikabulkan. Jika dia berlindung kepada Allah serta memohon perlindungan-Nya, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaganya dan melindunginya daripada apa yang ditakutinya.

Benefits from the Hadith

  1. Hadis ini merupakan antara hadis yang diriwayatkan oleh Nabi ﷺ daripada Tuhannya, dan dikenali sebagai hadith Qudsi atau ilahi. Lafaz dan maknanya datang daripada Allah, namun dia tidak memiliki ciri-ciri khusus al-Quran yang membezakannya daripada yang lain, seperti dianggap sebagai ibadah dengan membacanya, bersuci kerananya (membacanya), bersifat mukjizat dan cabaran, serta keistimewaan lain.
  2. Larangan daripada menyakiti para wali Allah dan galakan untuk mencintai mereka serta mengakui kelebihan mereka.
  3. Perintah supaya memusuhi musuh Allah dan pengharaman bersekutu dengan mereka.
  4. Sesiapa yang mendakwa sebagai wali Allah dengan tanpa mengikuti syariat-Nya maka dia berdusta dalam dakwaannya.
  5. Kewalian boleh dicapai melalui pelaksanaan kewajipan dan meninggalkan yang haram.
  6. Salah satu sebab Allah mencintai hamba-Nya dan mengabulkan doanya ialah dengan melaksanakan amalan sunat selepas menunaikan kewajipan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.
  7. Petunjuk kemuliaan para wali Allah dan tingginya darjat mereka.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...