1. Home
  2. Categories
  3. The Creed

Hadith Sesiapa yang mereka-reka sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini yang bukan daripadanya, maka perkara itu tertolak

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِينَ أُمِّ عَبْدِ اللَّهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ: رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم:
«مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ». وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ: «مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ».

Daripada Ummul Mukminin, Ummu Abdullah, Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Sesiapa yang mereka-reka sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini yang bukan daripadanya, maka perkara itu tertolak." Dalam riwayat Muslim: “Sesiapa melakukan suatu amalan yang tiada perintah daripada kami ke atasnya, maka amalan itu tertolak.’”

صحيح رواه البخاري ومسلم الأربعون النووية - 5

Explanation

Nabi ﷺ menerangkan bahawa sesiapa yang mencipta dalam agama atau melakukan suatu amalan yang tiada dalil daripada al-Quran dan Sunnah, maka amalan itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah.

Benefits from the Hadith

  1. Ibadah dibina berdasarkan apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah, maka kita tidak menyembah Allah melainkan dengan apa yang telah disyariatkan, bukan dengan bidah atau perkara baru yang diada-adakan.
  2. Agama bukanlah berdasarkan pendapat atau selera hati seseorang, tetapi ia berlandaskan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
  3. Hadis ini menjadi dalil tentang kesempurnaan agama.
  4. Bidah ialah setiap perkara yang diada-adakan dalam agama yang tidak wujud pada zaman Nabi ﷺ dan para sahabatnya, sama ada dari sudut akidah, perkataan atau amalan.
  5. Hadis ini merupakan salah satu daripada prinsip asas dalam Islam dan ia bagaikan penimbang bagi segala amalan. Sebagaimana setiap amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak akan mendapat pahala, demikian juga setiap amalan yang tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ tidak diterima daripada pelakunya.
  6. Hadis ini merupakan kaedah menolak segala bidaah yang diada-adakan dan kemungkaran yang berlaku.
  7. Perkara-perkara bidah yang dilarang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan agama, bukan urusan duniawi.

View Translations

58 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية