Category:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ المَصْدُوقُ: «إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٍّ أَوْ سَعِيدٍ؛ فَوَالَّذِي لَا إلَهَ غَيْرُهُ إنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا».

[صحيح] - [رواه البخاري ومسلم] - [الأربعون النووية: 4]
المزيــد ...

Daripada Abu ‘Abd al-Rahman, Abdullah bin Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menceritakan kepada kami, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi diakui kebenaran nya: “Sesungguhnya kejadian salah seorang daripada kamu dikumpulkan dalam rahim ibunya selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi segumpal daging selama tempoh yang sama. Kemudian diutuskan malaikat kepadanya, lalu ditiupkan roh ke dalamnya, dan diperintahkan dengan empat perkara: menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, dan sama ada dia celaka atau bahagia. Demi Tuhan yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya ada antara kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tiada jarak antara dirinya dan syurga melainkan sehasta, namun ketentuan takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli neraka dan dia memasukinya. Dan sesungguhnya ada antara kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tiada jarak antara dirinya dan neraka melainkan sehasta, namun ketentuan takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga dan dia memasukinya.”

[صحيح] - [رواه البخاري ومسلم] - [الأربعون النووية - 4]

Explanation

Ibn Masʿūd رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ telah menyampaikan kepada kami, dan Baginda adalah orang yang benar dalam tutur katanya serta dibenarkan (oleh wahyu) kerana Allah ﷻ membenarkannya. Baginda bersabda: Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan; iaitu apabila seorang lelaki mendatangi isterinya, maka maninya yang berselerak itu dihimpunkan di dalam rahim wanita selama 40 hari sebagai setitis air mani. Kemudian ia menjadi segumpal darah beku yang pekat, dan ia berlaku dalam tempoh 40 hari yang kedua. Kemudian ia menjadi segumpal daging iaitu seketul daging seukuran sesuatu yang boleh dikunyah, dan perkara ini berlaku dalam 40 hari yang ketiga. Setelah berakhir tempoh 40 hari yang ketiga itu, Allah mengutus malaikat kepadanya, lalu malaikat tersebut meniupkan roh ke dalamnya. Malaikat itu juga diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: Rezekinya dan ia kadar nikmat dan pemberian yang akan diperolehnya sepanjang hidupnya. Ajalnya iaitu tempoh masa dia akan hidup di dunia. Amalannya, apakah yang akan dia lakukan? Sama ada dia sengsara atau bahagia. Kemudian Nabi ﷺ bersumpah bahawa seseorang itu akan melakukan amalan ahli syurga dan amalannya kelihatan baik, iaitu sebagaimana yang terlihat oleh manusia. Dia terus kekal demikian sehingga jaraknya dengan syurga hanyalah sehasta, iaitu tiada yang memisahkannya dengan syurga melainkan jarak sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis untuknya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam neraka. Hal ini kerana syarat penerimaan amal ialah dia terus istiqamah di atasnya dan tidak mengubahnya. Ada pula orang lain yang melakukan amalan ahli neraka sehingga dia hampir memasukinya, seakan-akan jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis baginya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga.

Benefits from the Hadith

  1. Penjelasan tentang peringkat kejadian manusia.
  2. Beriman kepada ketentuan dan takdir Allah.
  3. Kesudahan segala urusan pada akhirnya kembali kepada apa yang telah ditetapkan oleh ketentuan (qadha’) dan telah ditulis oleh takdir.
  4. Peringatan agar berhati-hati daripada terpedaya dengan rupa bentuk amalan kerana sesungguhnya amalan itu (diukur) berdasarkan penutupnya (kesudahannya).
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...