1. Home
  2. Categories
  3. The Creed

Hadith Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ أَرْسَلَ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ إِلَى الْجَنَّةِ، فَقَالَ: انْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَرَجَعَ، فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا. فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ، فَقَالَ: اذْهَبْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا، فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ، فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَدْخُلَهَا أَحَدٌ. قَالَ: اذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَى النَّارِ وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا، فَرَجَعَ فَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَا يَدْخُلُهَا أَحَدٌ. فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَقَالَ: ارْجِعْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا. فَنَظَرَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ، فَرَجَعَ وَقَالَ: وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا».

Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
«Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril ‘alaihis salam ke syurga, lalu Dia berfirman: 'Lihatlah kepadanya dan kepada apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril pun melihatnya lalu kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan pasti akan memasukinya.' Maka Allah memerintahkan agar syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci, lalu Dia berfirman: 'Pergilah kepadanya, lihatlah kepadanya dan kepada apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata ia telah diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci. Lalu dia berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku bimbang tiada seorang pun yang akan dapat memasukinya.' Dia berfirman: 'Pergilah, lihatlah neraka dan apa yang telah Aku sediakan untuk ahlinya di dalamnya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata api neraka bergelora sebahagiannya menimpa sebahagian yang lain. Lalu dia kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, tiada seorang pun yang akan memasukinya.' Maka Allah memerintahkan agar neraka diliputi dengan syahwat, lalu Dia berfirman: 'Kembalilah dan lihatlah kepadanya.' Maka Jibril melihat kepadanya, dan ternyata ia telah diliputi dengan syahwat. Lalu dia kembali dan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku bimbang tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya, melainkan dia pasti akan memasukinya».

حسن رواه أبو داود والترمذي والنسائي سنن أبي داود - 4744

Explanation

Nabi ﷺ memberitahu bahawa apabila Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia berfirman kepada Jibril عليه السلام: "Pergilah ke syurga dan lihatlah kepadanya," lalu dia pergi melihatnya, kemudian kembali, Maka Jibril berkata: "Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, tiada sesiapa pun yang mendengar tentangnya serta segala kenikmatan, kemuliaan dan kebaikan yang ada di dalamnya, melainkan dia pasti berhasrat untuk memasukinya dan beramal deminya." Kemudian Allah meliputi syurga dengan perkara-perkara yang dibenci dan kesukaran, iaitu melakukan segala perintah dan menjauhi segala larangan; maka sesiapa yang ingin memasukinya, hendaklah dia melepasi perkara-perkara yang dibenci tersebut. Kemudian Allah Azza wa Jalla berfirman: Wahai Jibril! Pergilah dan lihatlah syurga, setelah Aku mengelilinginya dengan perkara-perkara yang dibenci, Maka dia pun pergi melihatnya, kemudian kembali lalu berkata: “Wahai Tuhanku, demi kemuliaan-Mu, aku takut tiada seorang pun akan memasukinya disebabkan kesukaran dan kepayahan yang ada pada jalannya.” Dan apabila Allah SWT menciptakan Neraka, Dia berfirman: “Wahai Jibril! Pergilah dan lihatlah ia,” maka Jibril pun pergi lalu melihatnya, Kemudian Jibril datang lalu berkata: "Wahai Tuhanku, demi kemuliaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengar tentang azab, kesengsaraan dan penyeksaan yang ada di dalamnya, melainkan dia pasti akan benci untuk memasukinya dan akan menjauhi sebab-sebabnya." Kemudian Allah SWT mengelilingi Neraka dan menjadikan jalan yang menuju kepadanya dengan syahwat dan kelazatan, kemudian Dia berfirman: “Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya,” Maka Jibril pun pergi lalu melihat ke arahnya, kemudian dia kembali dan berkata: "Wahai Tuhanku, demi keagungan-Mu, aku sangat bimbang dan khuatir bahawa tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya; kerana ia dikelilingi oleh pelbagai syahwat dan kelazatan."

Benefits from the Hadith

  1. Beriman bahawa syurga dan neraka wujud sekarang.
  2. Kita wajib beriman kepada perkara ghaib dan segala yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya ﷺ.
  3. Kepentingan kesabaran dalam menghadapi musibah kerana ia adalah jalan yang membawa ke syurga.
  4. Kepentingam menjauhi perkara-perkara yang diharamkan kerana ia adalah jalan yang membawa ke neraka.
  5. Menjadikan syurga dikelilingi oleh kesukaran, dan neraka oleh syahwat, adalah tuntutan ujian dan cubaan dalam kehidupan dunia.
  6. Jalan syurga itu sukar dan payah, serta memerlukan kesabaran dan perjuangan berserta iman, manakala jalan neraka dipenuhi dengan kelazatan dan syahwat di dunia.

View Translations

69 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
YAO Yao الياو
KMR Kurmancî الكرمنجية