1. Home
  2. Categories
  3. Jurisprudence and Juristic Principles

Hadith “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.”

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
«لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ، مَنْ ضَارَّ ضَرَّهُ اللَّهُ، وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ».

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain. Sesiapa yang melakukan kemudaratan maka Allah akan memudaratkannya, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya.”

صحيح بشواهده رواه الدارقطني سنن الدارقطني - 3079

Explanation

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun.
Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas dengan tanpa melampaui batas.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan ancaman bahawa sesiapa yang memudaratkan orang lain akan ditimpa kemudaratan dan sesiapa yang menyusahkan orang lain akan ditimpa kesusahan.

Benefits from the Hadith

  1. Larangan membalas sesuatu dengan lebih daripada kadar yang setimpal.
  2. Allah tidak memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka.
  3. Pengharaman perbuatan memudaratkan dan menyakiti sama ada melalui perkataan, perbuatan atau dengan mengabaikan sesuatu kewajipan.
  4. Balasan adalah berdasarkan jenis perbuatan. Oleh itu, sesiapa yang memudaratkan orang lain maka Allah akan memudaratkannya dan sesiapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya.
  5. Antara kaedah syariah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”; maka syariat tidak mengiktiraf kemudaratan dan menolak segala bentuk perbuatan memudaratkan.

View Translations

68 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية