عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رضي الله عنه أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ، فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ، قَالَ:
«لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ».
[صحيح] - [رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد] - [سنن الترمذي: 3375]
المزيــد ...
Daripada ʿAbdullāh bin Busr رضي الله عنه bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam telah banyak bagiku, maka beritahulah kepadaku satu perkara yang boleh aku berpegang teguh padanya.” Baginda bersabda:
“Engkau hendaklah sentiasa basahi lidahmu dengan mengingati Allah.”
[صحيح] - [رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد] - [سنن الترمذي - 3375]
Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya.
Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.