Category:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهِ عَنْهُ قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيْنَا، فَبَابٌ نَتَمَسَّكُ بِهِ جَامِعٌ؟ قَالَ:
«لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ». وفي رواية: مِنْ حَدِيثِ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: آخِرُ مَا فَارَقْتُ عَلَيْهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ قُلْتُ: أَيُّ الأَعْمَالِ خَيْرٌ وَأَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: «أَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطْبٌ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ».

[صحيح] - [رواه أحمد والترمذي وابن ماجه وابن حبان] - [الأربعون النووية: 50]
المزيــد ...

Daripada Abdullah bin Busr رضي الله عنه, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah menjadi banyak bagi kami, adakah wujud satu pintu yang dapat kami pegang?” Nabi ﷺ bersabda:
“Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.” Dalam sebuah riwayat daripada Mu‘ādh bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Perkara terakhir sekali saya bertanya kepada Rasulullah ﷺ sebelum berpisah: “Apakah amalan yang paling baik dan paling hampir kepada Allah?” Baginda ﷺ menjawab: “Engkau mati dalam keadaan lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah Ta‘ālā.”

[صحيح] - [رواه أحمد والترمذي وابن ماجه وابن حبان] - [الأربعون النووية - 50]

Explanation

Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya.
Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.

Benefits from the Hadith

  1. Keutamaan berterusan mengingati Allah تعالى.
  2. Antara besarnya kurniaan Allah ialah memudahkan sebab-sebab untuk memperoleh pahala.
  3. Perbezaan antara hamba-hamba Allah dalam bahagian mereka untuk melakukan pelbagai pintu kebaikan dan kebajikan.
  4. Banyak mengingati Allah dengan lidah melalui tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan selainnya, disertai dengan keselarasan hati, yang boleh menggantikan banyak amalan sunat yang lain.
  5. Perhatian Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap orang yang bertanya dengan memberikan jawapan yang sesuai bagi setiap orang.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (56)
Categories
More ...