1. Home
  2. Categories
  3. Virtues and Manners

Hadith Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau seorang pengembara

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي، فَقَالَ:
«كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ»، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ، يَقُولُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ المَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ.

Daripada ʿAbdullāh bin ʿUmar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah ﷺ memegang bahuku, lalu baginda bersabda:
"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau seorang pengembara." Ibn ʿUmar رضي الله عنهما berkata: "Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah menunggu waktu petang. Ambillah (manfaat) daripada masa sihatmu untuk (persiapan menghadapi) sakitmu dan daripada hidupmu untuk (persiapan menghadapi) matimu."

صحيح رواه البخاري صحيح البخاري - 6416

Explanation

Ibn ʿUmar رضي الله عنهما menyebutkan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم memegang bahunya – iaitu (tulang) pertemuan antara lengan atas dan bahu – lalu bersabda kepadanya: Jadilah engkau di dunia seperti seorang asing yang datang ke sebuah negeri tanpa rumah untuk berteduh dan tanpa teman yang menghiburnya, tiada keluarga, anak-anak, dan segala keterikatan yang menjadi sebab lalai daripada Sang Pencipta.
Bahkan jadilah engkau lebih daripada itu, iaitu seperti seorang pengembara yang hanya melewati jalan untuk menuju kampung halamannya. Seorang asing mungkin menetap di negeri asing dan tinggal di situ, sedangkan seorang pengembara yang menuju suatu negeri, sifatnya ringan beban dan tidak berhenti, serta bersungguh-sungguh mencapai destinasinya. Maka sebagaimana seorang musafir tidak memerlukan lebih daripada apa yang membantunya sampai ke tujuan perjalanannya, demikian pula seorang mukmin di dunia tidak memerlukan lebih daripada apa yang dapat membawanya sampai ke tempat kembali (akhirat).”
Maka Ibn ʿUmar رضي الله عنهما mengamalkan nasihat ini dan beliau berkata: “Apabila engkau berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang, dan apabila engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu waktu pagi. Anggaplah dirimu termasuk dalam kalangan penghuni kubur, kerana sesungguhnya umur itu tidak terlepas daripada sihat dan sakit. Maka segeralah pada hari-hari sihatmu dengan ketaatan sebagai persediaan untuk sakitmu dan rebutlah amalan-amalan soleh ketika sihat sebelum sakit menghalangmu daripadanya. Manfaatkanlah hidupmu di dunia ini, lalu kumpulkanlah padanya apa yang memberi manfaat kepadamu selepas kematianmu.

Benefits from the Hadith

  1. Guru meletakkan tapak tangannya di atas bahu murid ketika mengajar sebagai tanda mesra dan untuk memberi peringatan.
  2. Memulakan pemberian nasihat dan bimbingan kepada orang yang tidak memintanya.
  3. Keindahan cara pengajaran Nabi صلى الله عليه وسلم dengan memberikan perumpamaan yang meyakinkan melalui sabdanya: “Hiduplah di dunia ini seakan-akan engkau seorang asing atau seorang pengembara.”
  4. Perbezaan manusia dalam perjalanan mereka menuju akhirat. Kedudukan seorang pengembara adalah lebih tinggi dalam sifat zuhud berbanding kedudukan seorang asing.
  5. Penjelasan tentang pendeknya angan-angan dan persiapan menghadapi kematian.
  6. Hadis ini tidak menunjukkan kepada meninggalkan rezeki dan pengharaman kenikmatan dunia, tetapi ia menunjukkan galakan untuk bersikap zuhud terhadapnya dan mengambil sekadar yang perlu.
  7. Bergegaslah melakukan amalan-amalan soleh sebelum tidak mampu melakukannya, dan sebelum dihalangi oleh sakit atau kematian.
  8. Keutamaan ʿAbdullāh bin ʿUmar رضي الله عنهما kerana beliau terkesan dengan nasihat daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
  9. Tanah air bagi orang-orang beriman ialah syurga kerana dia adalah orang asing di dunia ini dan dia adalah seorang musafir menuju negeri akhirat. Oleh itu, dia tidak mengaitkan hatinya dengan sesuatu pun daripada negeri asing ini, bahkan hatinya terikat dengan tanah airnya yang akan dia kembali kepadanya. Kehidupannya di dunia hanyalah untuk memenuhi keperluannya dan mempersiapkan bekalan untuk pulang ke tanah airnya.

View Translations

59 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية