عن تميم الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
«الدِّينُ النَّصِيحَةُ» قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: «لِلهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ».

Daripada Tamīm al-Dārī رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:
"Agama itu nasihat" Kami bertanya: "Untuk siapa?" Baginda menjawab: "Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam dan seluruh kaum Muslimin."

صحيح رواه مسلم صحيح مسلم - 55

Explanation

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa agama ini berdiri di atas keikhlasan dan kebenaran, sehingga ia ditunaikan sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah dengan sempurna tanpa sebarang kecuaian atau penipuan.
Lalu ditanya kepada Nabi ﷺ: “Untuk siapa nasihat itu?” Lalu Baginda bersabda:
Pertama: Nasihat untuk Allah سبحانه وتعالى Iaitu dengan mengikhlaskan segala amalan hanya untuk-Nya, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, beriman dengan keesaan-Nya dalam rububiyyah dan uluhiyyah-Nya, serta dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Begitu juga dengan mengagungkan perintah-Nya dan menyeru manusia supaya beriman kepada-Nya.
Kedua: Nasihat untuk kitab-Nya iaitu al-Quran al-Karim dengan meyakini bahawa ia merupakan kalam-Nya dan kitab terakhir-Nya, serta ia menghapuskan semua syariat sebelumnya. Kita mestilah mengagungkannya, membacanya dengan bacaan yang benar, mengamalkan ayat-ayat yang jelas hukumnya, menerima ayat-ayat yang samar maknanya, mempertahankannya daripada takwilan golongan yang menyeleweng, mengambil pengajaran daripada peringatan-peringatannya, menyebarkan ilmunya dan mengajak manusia kepadanya.
Ketiga: Nasihat untuk Rasul-Nya Muhammad ﷺ dengan meyakini bahawa baginda adalah penutup para rasul, membenarkan apa yang baginda bawa, mentaati perintahnya, menjauhi larangannya, tidak beribadah kepada Allah kecuali dengan apa yang disyariatkannya, mengagungkan haknya, memuliakannya, menyebarkan dakwahnya, menyebarkan syariatnya serta menolak segala tuduhan terhadapnya.
Keempat: Nasihat untuk para pemimpin umat Islam dengan membantu mereka menegakkan kebenaran, tidak merampas kuasa daripada mereka, mendengar dan taat kepada mereka dalam perkara ketaatan kepada Allah.
Kelima: Nasihat untuk seluruh kaum Muslimin Dengan berbuat baik kepada mereka, mengajak mereka kepada kebaikan, menahan diri daripada menyakiti mereka, mengasihi mereka dengan menginginkan kebaikan untuk mereka, serta bekerjasama dengan mereka dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Benefits from the Hadith

  1. Perintah untuk memberi nasihat kepada semua pihak.
  2. Kedudukan nasihat yang sangat agung dalam agama.
  3. Agama Islam merangkumi aspek akidah, ucapan dan perbuatan.
  4. Antara bentuk nasihat ialah membersihkan hati daripada tipu daya terhadap orang yang dinasihati serta menginginkan kebaikan untuknya.
  5. Keindahan cara pengajaran Rasulullah ﷺ adalah dengan baginda memulakan sesuatu secara umum, kemudian menghuraikannya secara terperinci.
  6. Mendahulukan perkara yang paling penting, di mana Nabi ﷺ memulakan dengan nasihat untuk Allah, kemudian untuk kitab-Nya, kemudian untuk Rasul-Nya ﷺ, kemudian untuk pemimpin umat Islam dan (akhirnya) untuk seluruh kaum Muslimin.

View Translations

69 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية