1. Home
  2. Categories
  3. Virtues and Manners

Hadith “Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”

عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ:
سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ، فَقَالَ: «الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ، وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ، وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ».

Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, beliau berkata:
Aku bertanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda bersabda: “Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah sesuatu yang terdetik dalam hatimu dan engkau tidak suka jika ia diketahui oleh manusia.”

صحيح رواه مسلم صحيح مسلم - 2553

Explanation

Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya tentang kebaikan dan kejahatan, lalu Baginda bersabda:
Sifat kebaikan yang paling agung ialah berakhlak mulia dengan Allah melalui takwa dan dengan makhluk melalui kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, tutur kata yang baik, menjalin hubungan silaturahim, ketaatan, kelembutan, kebaikan, serta berakhlak baik dalam pergaulan dan persahabatan.
Adapun kejahatan itu ialah sesuatu yang timbul dalam jiwa daripada perkara-perkara yang meragukan dan berulang-ulang (dalam fikiran) tanpa hati merasa tenang terhadapnya, lalu timbul keraguan dalam hati serta rasa takut bahawa ia merupakan satu dosa. Seseorang juga tidak mahu perkara itu diketahui orang ramai kerana ia dianggap buruk di sisi orang-orang yang terhormat, mulia dan sempurna akalnya. Hal ini kerana fitrah jiwa itu suka jika orang mengetahui kebaikannya. Maka apabila dia membenci untuk sesuatu perbuatannya diketahui orang, itu adalah dosa yang tiada kebaikan padanya.

Benefits from the Hadith

  1. Galakan untuk berakhlak mulia, kerana akhlak yang baik merupakan salah satu sifat kebaikan yang paling agung.
  2. Kebenaran dan kebatilan tidak akan bercampur-aduk urusannya kepada seorang mukmin, bahkan dia mengenali kebenaran dengan cahaya yang wujud dalam hatinya, dan menjauhkan diri daripada kebatilan lalu mengingkarinya.
  3. Antara tanda-tanda dosa ialah kegelisahan dan keresahan hati, serta ketidaksukaan untuk ia diketahui oleh orang ramai.
  4. Al-Sindi berkata: “Perkara ini merujuk kepada perkara-perkara yang meragukan, iaitu yang manusia tidak mengetahui penentuan salah satu daripada dua pihak padanya. Adapun perkara yang diperintahkan dalam syariat tanpa adanya dalil yang menunjukkan sebaliknya, maka ia termasuk dalam kebaikan dan perkara yang dilarang pula termasuk dalam dosa. Maka tidak perlu merujuk kepada fatwa hati dan ketenangannya dalam kedua-dua hal tersebut.”
  5. Sasaran yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang memiliki fitrah yang suci, bukan orang-orang yang hatinya tersasar, yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran melainkan apa yang telah dipengaruhi oleh hawa nafsunya.
  6. Al-Ṭībī berkata: “Dikatakan bahawa kebaikan yang disebut dalam hadis ini ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia ditafsirkan di satu tempat sebagai sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati, di tempat lain sebagai iman, di tempat lain pula sebagai sesuatu yang mendekatkan dirimu kepada Allah dan di sini ia ditafsirkan sebagai akhlak yang baik. Akhlak yang baik pula ditafsirkan sebagai kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, dan tutur kata yang baik. Semua tafsiran ini berdekatan dari segi makna.”

View Translations

60 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية