Category:

عَنْ أَمِيرِ المُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
«إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ».

[صحيح] - [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة] - [الأربعون النووية: 1]
المزيــد ...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehnya, atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.”

[صحيح] - [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة] - [الأربعون النووية - 1]

Explanation

Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Hukum ini bersifat umum bagi semua amalan, sama ada ibadat mahupun muamalat. Sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amalan hanya untuk memperoleh manfaat duniawi, maka dia hanya akan mendapat manfaat tersebut tanpa sebarang ganjaran pahala. Namun, sesiapa yang berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dengan amalannya, dia akan memperoleh ganjaran dan pahala walaupun amalannya hanyalah perkara biasa seperti makan dan minum.
Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم memberikan satu perumpamaan bagi menjelaskan kesan niat dalam amalan walaupun rupa lahiriah amal itu kelihatan sama. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berniat berhijrah dan meninggalkan tanah airnya demi meraih keredaan Tuhannya, maka hijrahnya adalah hijrah yang sah menurut syarak, diterima dan diberi ganjaran pahala kerana keikhlasan niatnya.
Namun, sesiapa yang berhijrah kerana mengejar manfaat duniawi seperti harta, kedudukan, perniagaan atau kerana wanita (yang ingin dikahwininya), maka dia hanya akan memperoleh manfaat duniawi yang diniatkannya itu dan tiada ganjaran pahala buatnya.

Benefits from the Hadith

  1. Galakan supaya ikhlas, kerana Allah tidak menerima sesuatu amalan kecuali yang dilakukan dengan tujuan mencari keredaan-Nya.
  2. Amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah عز وجل, jika dilakukan oleh seseorang hanya sekadar kebiasaan tanpa niat ibadah maka dia tidak akan mendapat pahala daripadanya, sehinggalah dia berniat melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  3. Niat membezakan antara ibadat dengan ibadat yang lain, dan juga antara ibadat dengan adat kebiasaan.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...