عن أنس رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم:
«لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ».
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح البخاري: 15]
المزيــد ...
Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia."
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح البخاري - 15]
Rasulullah ﷺ memberitahu kita bahawa iman seorang Muslim tidak sempurna sehingga dia meletakkan kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ melebihi kecintaan kepada ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Cinta ini menuntut ketaatan kepada baginda, membelanya dan menjauhi segala bentuk keingkaran kepada baginda.