1. Home
  2. Categories
  3. The Creed

Hadith “Wahai anak Adam, selama engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni segala yang telah terjadi padamu, dan Aku tidak peduli

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً».

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata:
Saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi, berfirman: “Wahai anak Adam, selama engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni segala yang telah terjadi padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai langit kemudian engkau memohon keampunan kepada-Ku maka Aku pasti mengampunkanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebanyak bekas bumi, kemudian engkau menemui-Ku tanpa mempersekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sebanyak itu.”

حسن رواه الترمذي سنن الترمذي - 3540

Explanation

Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah Ta‘ala berfirman dalam hadis Qudsi: “Wahai anak Adam, selagi engkau memohon kepada-Ku dan mengharapkan rahmat-Ku serta tidak berputus asa maka Aku menutupi dosa-dosamu dan menghapusnya tanpa mempedulikannya; walaupun dosa dan maksiat itu termasuk dosa-dosa besar.” Wahai anak Adam, sekiranya dosamu bertimbun hingga memenuhi di antara langit dan bumi sehingga menutupi segala penjuru dan meliputi seluruh sudutnya, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku hapus dan mengampunkan segala dosamu itu tanpa mempedulikan banyaknya dosa itu.
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku selepas mati dengan membawa dosa dan maksiat sebanyak isi bumi, dan engkau mati dalam keadaan tauhid tanpa mempersekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan menerima dosa dan maksiat itu sebanyak isi bumi sebagai pengampunan kerana sesungguhnya Aku Maha Luas dalam memberi ampunan, dan Aku mengampuni semua dosa kecuali syirik.

Benefits from the Hadith

  1. Luasnya rahmat, pengampunan dan pemberian Allah Ta‘ala.
  2. Keutamaan bertauhid dan bahawa Allah mengampuni dosa-dosa dan maksiat golongan yang mengesakan-Nya.
  3. Bahaya syirik, dan bahawa Allah tidak mengampuni orang yang mempersekutukan-Nya.
  4. Ibn Rajab berkata: “Hadis ini merangkumi tiga sebab yang membawa kepada pengampunan dosa: Pertama: Doa disertai harapan. Kedua: Memohon ampun dan taubat. Ketiga: Mati dalam keadaan bertauhid.”
  5. Hadis ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم daripada Tuhannya, dan dikenali sebagai hadis Qudsi atau Ilahi. Lafaz dan maknanya datang daripada Allah, namun ia tidak memiliki sifat-sifat khusus al-Quran yang membezakannya daripada selainnya, sepertimembacanya dianggap sebagai ibadah, memerlukan kesucian, bersifat mencabar dan mempunyai keajaiban serta lain-lain.
  6. Dosa dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama: Syirik kepada Allah dan ini tidak akan diampuni oleh Allah. Allah Ta‘ala berfirman: {Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya}. Kedua: Menzalimi diri sendiri dalam perkara antara dirinya dengan Tuhannya melalui dosa dan maksiat. Allah Ta‘ala mengampuni dan mengabaikannya jika Dia menghendaki. Ketiga: Dosa yang Allah tidak biarkan dengan tanpa sebarang hukuman, iaitu menzalimi sesama manusia; (bagi dosa ini) hukuman pembalasan (qisas) mesti dilakukan.

View Translations

60 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية