1. Home
  2. Categories
  3. Jurisprudence and Juristic Principles

Hadith “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu sia-siakannya, dan Dia telah menetapkan had batas, maka janganlah kamu langgar ia dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarnya dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu, bukan kerana lupa, maka janganlah kamu mencari-cari tentangnya.”

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الخُشَنِيِّ جُرْثُومِ بن نَاشِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال:
«إِنَّ اللَّهَ فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا».

Daripada Abu Tha‘labah al-Khushani, Jurthum bin Nashir رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu sia-siakannya, dan Dia telah menetapkan had batas, maka janganlah kamu langgar ia dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarnya dan Dia telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu, bukan kerana lupa, maka janganlah kamu mencari-cari tentangnya.”

قال النووي: حديث حسن رواه الدارقطني في سننه وغيره الأربعون النووية - 30

Explanation

Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah telah mewajibkan beberapa perkara dan menetapkan kewajipan, maka patuhilah serta janganlah kamu mengabaikannya dengan meninggalkannya atau memandang ringan terhadapnya. Allah juga menetapkan batasan dan larangan yang jelas untuk menjadi penghalang dan peringatan kepada kamu daripada melakukan perkara yang tidak diredai-Nya, maka janganlah kamu melampauinya dengan menambah sesuatu di luar ketetapan syarak. Allah mengharamkan perkara-perkara tertentu, maka janganlah kamu mengambilnya atau mendekatinya. Adapun perkara selain daripada itu, Allah meninggalkannya dan tidak menjelaskannya sebagai rahmat-Nya kepada para hamba-Nya, maka hukumnya kekal berdasarkan asal iaitu harus, dan janganlah kamu terlalu mencari-carinya.

Benefits from the Hadith

  1. Hadis ini menjadi bukti bahawa Allah ialah al-Musyarri‘ (Yang Menetapkan Syariat), maka segala urusan hukum berada di tangan-Nya.
  2. Hadis ini merangkumi kaedah-kaedah syarak dari sudut hukum dan keharusan kerana hukum syarak itu sama ada ia perkara yang tidak disebut atau perkara yang disebut. Perkara yang disebut itu sama ada diperintahkan untuk dilaksanakan secara wajib atau sunat, atau dilarang secara haram atau makruh, atau dibolehkan (harus).
  3. Manakala apa yang Allah tidak sebut mengenainya, tidak Dia wajibkan, tidak Dia tetapkan hadnya, dan tidak Dia larang daripadanya, maka ia adalah perkara yang halal.
  4. Keindahan penyampaian Nabi صلى الله عليه وسلم terzahir apabila baginda membawakan hadis ini dengan pembahagian yang jelas dan terang.
  5. Kewajipan memelihara segala kefarduan yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala.
  6. Pengharaman melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala.

View Translations

58 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية