1. Home
  2. Categories
  3. Virtues and Manners

Hadith “Antara (tanda) bagusnya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah buat dirinya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ».

Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Antara (tanda) bagusnya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak berfaedah buat dirinya.”

قال النووي: حديث حسن رواه الترمذي وغيره الأربعون النووية - 12

Explanation

Nabi ﷺ menerangkan bahawa sebahagian daripada (tanda) kesempurnaan baiknya Islam seseorang Muslim dan keutuhan imannya ialah dia menjauhi perkara yang tidak bererti buatnya, tidak berkaitan dengannya, tidak penting baginya, dan tidak memberi manfaat kepadanya, sama ada dalam perkataan, perbuatan, atau hal-hal yang tidak berkaitan dengannya dari segi keagamaan mahupun keduniaan. Seseorang insan yang menyibukkan diri dalam perkara yang bukan urusannya mungkin akan menyibukkannya daripada perkara yang sepatutnya diutamakan atau membawa kepada perkara yang wajib dijauhinya. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas amalannya pada hari kiamat.

Benefits from the Hadith

  1. Manusia berbeza-beza dalam tahap keislaman mereka, dan kesempurnaan Islam seseorang bertambah dengan amalan-amalan tertentu.
  2. Menjauhi perkataan dan perbuatan yang sia-sia atau remeh adalah petunjuk kepada kesempurnaan Islam seseorang.
  3. Galakan untuk sibuk dengan perkara yang berkaitan dengan kebaikan agama dan dunianya sendiri. Jika sebahagian daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa yang tidak berkaitan dengannya, maka sebahagian kebaikannya juga ialah sibuk dengan perkara yang benar-benar berkaitan dengannya.
  4. Ibnu al-Qayyim رحمه الله berkata: Nabi ﷺ telah merangkum seluruh konsep wara’ (sikap berhati-hati dan menjauhi yang haram) dalam satu ayat sahaja, iaitu: "Antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya". Maksudnya merangkumi meninggalkan segala yang tidak bermanfaat atau tidak berkaitan, sama ada dari segi perkataan, pandangan, pendengaran, perbuatan, berjalan, pemikiran dan semua gerakan zahir mahupun batin. Inilah satu ungkapan yang lengkap dalam menerangkan sifat wara’.
  5. Ibnu Rajab berkata: Hadis ini merupakan salah satu asas daripada asas-asas adab.
  6. Ini mendorong kepada menuntut ilmu, kerana dengan ilmu manusia dapat membezakan antara perkara yang bermanfaat baginya dan yang tidak bermanfaat.
  7. Perintah untuk berbuat kebaikan, larangan daripada kemungkaran, dan memberi nasihat termasuk perkara yang memberi manfaat kepada seseorang, kerana ia diperintahkan kepadanya.
  8. Termasuk dalam maksud umum hadis ini ialah menjauhi perkara yang tidak memberi manfaat kepada seseorang, sama ada yang diharamkan oleh Allah ﷻ atau yang dibenci oleh Nabi ﷺ, begitu juga perkara yang tidak diperlukan berkaitan (membincangkan) urusan akhirat, seperti hakikat ghaib, perincian hukum dalam urusan penciptaan makhluk dan urusan pemerintahan, juga seperti menyoal dan mengkaji tentang persoalan perkara yang ditetapkan, dan yang diandaikan tetapi belum berlaku, hampir tidak berlaku, atau mustahil berlaku.

View Translations

57 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية