عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما قال: قال رَسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ».
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح مسلم: 58]
المزيــد ...
Daripada Abdullah bin Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Empat sifat, sesiapa yang memilikinya adalah munafik sejati, dan sesiapa yang terdapat padanya salah satu sifat itu, maka wujud padanya sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya: (Iaitu) Apabila bercakap dia berdusta, apabila buat perjanjian dia mengkhianati, apabila berjanji sesuatu dia mengingkarinya, dan apabila bertengkar dia berlaku kejam.”
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح مسلم - 58]
Nabi صلى الله عليه وسلم memberi peringatan tentang empat sifat ini. Sekiranya sifat-sifat ini terkumpul pada seorang Muslim, dia sangat menyerupai orang munafik kerana sifat-sifat tersebut. Ini berlaku bagi orang yang sifat-sifat itu menguasai dirinya (sering melakukannya) manakala bagi yang jarang memilikinya (jarang melakukannya), tidak termasuk dalam kategori ini. Sifat-sifat tersebut ialah:
Pertama: apabila bercakap, dia sengaja berdusta dan tidak jujur dalam ucapannya.
Kedua: Apabila membuat perjanjian, dia tidak menepatinya dan mengkhianati pihak yang membuat perjanjian dengannya.
Ketiga: Apabila memberi janji, dia tidak menunaikannya dan mengingkarinya.
Keempat: Apabila bertengkar atau berkelahi dengan seseorang, pertengkarannya menjadi keras, dia menyimpang daripada kebenaran, menggunakan tipu daya untuk menolak dan membatalkan, serta berkata perkara yang salah dan dusta.
Sesungguhnya nifaq ialah menzahirkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang tersembunyi di dalam hati. Makna tersebut wujud pada orang yang memiliki sifat-sifat ini, dan nifaqnya berlaku terhadap orang yang dia bercakap, dijanjikan, dipercayai, bertengkar atau membuat janji dengannya, bukan bahawa dia seorang munafik dalam Islam yang zahirnya menunjukkan iman tetapi batinnya mengandungi kekufuran. Sesiapa yang wujud padanya salah satu sifat ini, maka dia memiliki sebahagian sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya.