Category:

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ:
«إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ».

[صحيح] - [رواه البخاري] - [الأربعون النووية: 20]
المزيــد ...

Daripada Abu Mas‘ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansari Al-Badri رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”

[صحيح] - [رواه البخاري] - [الأربعون النووية - 20]

Explanation

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa antara kata-kata yang sampai sebagai wasiat daripada para nabi terdahulu, yang berleluasa penggunaannya dalam kalangan manusia dan diwarisi sejak turun-temurun, sehingga sampai kepada generasi awal umat ini ialah:
Perhatikan apa yang kamu ingin lakukan; jika ia sesuatu yang tidak memalukan, maka lakukanlah, tetapi jika ia sesuatu yang memalukan, maka tinggalkannya.
Sesungguhnya penghalang daripada melakukan perkara keji ialah sifat malu. Maka sesiapa yang tidak memiliki rasa malu, dia akan terjerumus dalam segala bentuk kejahatan dan kemungkaran.

Benefits from the Hadith

  1. Malu adalah asas kepada akhlak yang mulia.
  2. Malu adalah satu sifat daripada sifat para nabi عليهم السلام, dan ia termasuk perkara yang diwarisi daripada mereka.
  3. Malu ialah sifat yang mendorong seorang Muslim melakukan perkara yang memperelok dan menghiasinya, serta meninggalkan perkara yang mengotorkan dan mencemarkan dirinya.
  4. Al-Nawawi berkata: Perintah dalam hadis ini adalah dalam bentuk keharusan (ibahah), iaitu: jika engkau ingin melakukan sesuatu, maka jika perkara itu adalah sesuatu yang engkau tidak malu melakukannya di hadapan Allah dan manusia, maka lakukanlah. Jika tidak, maka jangan. Atas dasar ini, Islam dibina.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (70)
Categories
More ...