Category:

عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا القِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ».

[صحيح] - [رواه مسلم] - [الأربعون النووية: 17]
المزيــد ...

Daripada Abu Ya‘lā, Shaddād bin Aws رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam segala perkara. Apabila kamu membunuh, maka ihsanlah dalam membunuh. Apabila kamu menyembelih, maka ihsanlah dalam penyembelihan. Hendaklah setiap daripada kamu mengasah pisaunya dan hendaklah dia memberikan rasa nyaman kepada sembelihannya."

[صحيح] - [رواه مسلم] - [الأربعون النووية - 17]

Explanation

Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah ﷻ mewajibkan kita berbuat ihsan (kebaikan) dalam setiap perkara. Ihsan ialah sentiasa merasa diawasi oleh Allah dalam beribadah kepada-Nya, dalam melakukan kebaikan dan dalam menahan diri daripada menyakiti makhluk. Termasuk dalam hal ini ialah berbuat ihsan ketika membunuh (dalam pelaksanaan hukuman) dan ketika menyembelih.
Ihsan ketika membunuh dalam pelaksanaan qisas ialah dengan memilih cara yang paling mudah, paling ringan dan paling cepat untuk mengakhiri nyawa orang yang dihukum.
Ihsan ketika menyembelih dalam penyembelihan haiwan ialah dengan berlaku baik terhadap haiwan tersebut, iaitu dengan menajamkan alat sembelihan, tidak menajamkannya di hadapan haiwan sembelihan yang melihat dan tidak menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang sedang melihatnya.

Benefits from the Hadith

  1. Rahmat dan kelembutan Allah ﷻ terhadap makhluk.
  2. Berbuat baik dalam membunuh dan menyembelih dengan cara yang disyariatkan.
  3. Kesempurnaan syariat Islam yang merangkumi segala kebaikan, termasuk kasih sayang terhadap haiwan dan berlemah-lembut dengannya.
  4. Larangan memotong atau mencacatkan anggota manusia setelah dibunuh.
  5. Pengharaman segala bentuk penyeksaan terhadap haiwan.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...