1. Home
  2. Categories
  3. Jurisprudence and Juristic Principles

Hadith Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara

عن شداد بن أوس رضي الله عنه قال: ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ».

Daripada Syaddād bin Aus رضي الله عنه, beliau berkata: "Dua perkara yang aku ingat daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) pada setiap perkara, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik. Apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah salah seorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada haiwan sembelihannya."

صحيح رواه مسلم صحيح مسلم - 1955

Explanation

Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah ﷻ mewajibkan kita berbuat ihsan (kebaikan) dalam setiap perkara. Ihsan ialah sentiasa merasa diawasi oleh Allah dalam beribadah kepada-Nya, dalam melakukan kebaikan dan dalam menahan diri daripada menyakiti makhluk. Termasuk dalam hal ini ialah berbuat ihsan ketika membunuh (dalam pelaksanaan hukuman) dan ketika menyembelih.
Ihsan ketika membunuh dalam pelaksanaan qisas ialah dengan memilih cara yang paling mudah, paling ringan dan paling cepat untuk mengakhiri nyawa orang yang dihukum.
Ihsan ketika menyembelih dalam penyembelihan haiwan ialah dengan berlaku baik terhadap haiwan tersebut, iaitu dengan menajamkan alat sembelihan, tidak menajamkannya di hadapan haiwan sembelihan yang melihat dan tidak menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang sedang melihatnya.

Benefits from the Hadith

  1. Rahmat dan kelembutan Allah ﷻ terhadap makhluk.
  2. Berbuat baik dalam membunuh dan menyembelih dengan cara yang disyariatkan.
  3. Kesempurnaan syariat Islam yang merangkumi segala kebaikan, termasuk kasih sayang terhadap haiwan dan berlemah-lembut dengannya.
  4. Larangan memotong atau mencacatkan anggota manusia setelah dibunuh.
  5. Pengharaman segala bentuk penyeksaan terhadap haiwan.

View Translations

69 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية