Category:

عَنْ أَبِي العَبَّاسِ، عَبْدِ الله بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْت خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ:
«يَا غُلَامِ! إنِّي أُعَلِّمُك كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ؛ رُفِعَتِ الأَقْلَامُ، وَجَفَّتِ الصُّحُفُ». وَفِي رِوَايَةِ غَيْرِ التِّرْمِذِيِّ: «احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَكَ، وَمَا أَصَابَك لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنْ الفَرَجَ مَعَ الكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا».

[صحيح] - [رواه الترمذي وغيره] - [الأربعون النووية: 19]
المزيــد ...

Daripada Abu al-‘Abbās, ‘Abdullah bin ‘Abbās رضي الله عنهما, beliau berkata: “Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu baginda bersabda:
"Duhai anakku, saya ingin ajarkan kamu beberapa perkara: Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya selalu bersamamu. Apabila kamu memohon sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah bahawa jika seluruh manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, mereka tidak dapat melakukannya melainkan dengan izin Allah. Dan jika mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan berjaya melakukannya melainkan sesuatu yang Allah telah tetapkan. Pena telah diangkat dan takdir telah ditulis." Dalam satu riwayat selain al-Tirmidhi disebut: “Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Dekatlah kepada Allah ketika senang nescaya Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa apa yang terlepas daripada kamu tidak akan menimpamu, dan apa yang akan menimpamu tidak akan terlepas daripada kamu. Ketahuilah bahawa kemenangan datang bersama kesabaran, kemudahan datang bersama kesempitan dan bersama kesukaran pasti ada kelapangan.”

[صحيح] - [رواه الترمذي وغيره] - [الأربعون النووية - 19]

Explanation

Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه menceritakan bahawa ketika dia masih kecil, dia membonceng di belakang Nabi ﷺ. Baginda bersabda kepadanya: “Aku akan mengajarkanmu perkara-perkara yang akan memberi kebaikan kepadamu: Jagalah Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya, sehingga Dia mendapati kamu dalam ketaatan dan amalan-amalan yang mendekatkanmu kepada-Nya, dan Dia tidak menemuimu dalam maksiat dan dosa. Jika engkau melakukan itu, maka balasanmu ialah Allah akan memelihara dirimu daripada segala bahaya dunia dan akhirat, serta menolongmu dalam setiap urusanmu ke mana sahaja engkau bergerak.” Apabila ingin meminta sesuatu, jangan minta kecuali kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu menjawab permintaan para hamba-Nya. Sekiranya engkau ingin meminta pertolongan, janganlah meminta pertolongan melainkan kepada Allah. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu tidak akan memperoleh sebarang manfaat walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memberimu manfaat, melainkan apa yang Allah telah tetapkan untukmu. Begitu juga, kamu tidak akan ditimpa sebarang bahaya walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk mencelakakanmu, melainkan apa yang Allah telah takdirkan ke atasmu. Ketahuilah bahawa perkara ini telah ditulis dan ditakdirkan oleh Allah menurut hikmah dan ilmu-Nya, dan tiada yang dapat mengubah apa yang Allah telah tetapkan. Sesiapa yang memelihara Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala sentiasa di hadapan hamba-Nya, mengetahui keadaannya, menolongnya dan memberi pertolongan kepadanya. Dan bahawa jika seseorang itu taat kepada Allah ketika dalam kesenangan, maka Allah akan memudahkan jalan keluar dan pertolongan baginya ketika dalam kesempitan. Setiap hamba hendaklah reda dengan apa yang ditetapkan Allah ke atasnya, sama ada baik atau buruk. Dalam menghadapi kesusahan dan ujian, hamba mesti bersabar, kerana sabar itu kunci kepada pertolongan. Apabila kesusahan bertambah berat, pertolongan datang daripada Allah, dan apabila kesulitan berlaku, Allah mengakhirinya dengan kemudahan.

Benefits from the Hadith

  1. Kepentingan mendidik kanak-kanak tentang perkara agama, termasuk tauhid, adab dan lain-lain.
  2. Balasan setimpal dengan perbuatan.
  3. Perintah supaya bergantung harap kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya, kerana Dia-lah sebaik-baik Pelindung.
  4. Beriman kepada qada' dan qadar Allah, serta menerima ketentuan-Nya kerana Allah telah menetapkan segala sesuatu.
  5. Sesiapa yang mengabaikan urusan Allah, maka Allah akan membiarkannya dan tidak menjaganya.
  6. Khabar gembira yang agung ialah apabila seseorang ditimpa kesusahan, hendaklah ia menantikan kesenangan.
  7. Ia merupakan satu bentuk penyejuk hati bagi hamba apabila ditimpa musibah dan kehilangan sesuatu yang disayangi. Dalam sabda Nabi ﷺ: «Ketahuilah, apa yang menimpa kamu itu tidak mungkin terlepas daripada kamu, dan apa yang terlepas daripada kamu itu tidak mungkin menimpa kamu», ayat pertama memberikan rasa tenang ketika menghadapi perkara yang tidak disukai, manakala ayat kedua memberikan ketenangan apabila sesuatu yang disukai terlepas daripada dirinya.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...