عَنْ مَطَرِ بْنِ عُكَامِسٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِذَا قَضَى اللَّهُ لِعَبْدٍ أَنْ يَمُوتَ بِأَرْضٍ جَعَلَ لَهُ إِلَيْهَا حَاجَةً».

[صحيح] - [رواه الترمذي] - [سنن الترمذي: 2146]
المزيــد ...

Daripada Matar bin 'Ukamis رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana."

[صحيح] - [رواه الترمذي] - [سنن الترمذي - 2146]

Explanation

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa apabila Allah telah menetapkan dan menakdirkan seorang hamba akan mati di sesuatu negeri, sedangkan dia tidak berada di situ, nescaya Dia akan menjadikan suatu urusan untuknya di sana, lalu dia pun mendatanginya, dan rohnya akan dicabut di situ.

Benefits from the Hadith

  1. Hadis ini membenarkan firman Allah 'Azza wa Jalla: “...dan tiada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati.”
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (68)