Category:

عَنْ أَبِي نَجِيحٍ العِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رضي الله عنه قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ! كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ؛ فَأَوْصِنَا، قَالَ:
«أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ؛ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ».

[صحيح] - [رواه أبو داود والترمذي] - [الأربعون النووية: 28]
المزيــد ...

Daripada Abu Najih, al-‘Irbadh bin Sāriyyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan nasihat yang begitu menyentuh hati, sehingga hati kami menjadi gementar dan berlinangan air mata. Kami berkata: ‘Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang mahu berpisah, maka nasihatilah kami.’ Baginda bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, dan patuh serta taat, walaupun seorang hamba memimpin kamu. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepas (pemergian) aku, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Oleh itu, peganglah teguh sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin, yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah segala perkara yang diada-adakan, kerana setiap bidaah itu adalah sesat.”

[صحيح] - [رواه أبو داود والترمذي] - [الأربعون النووية - 28]

Explanation

Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.

Benefits from the Hadith

  1. Kepentingan berpegang teguh dengan sunnah dan mengikutinya.
  2. Memberi perhatian terhadap nasihat (agama) dan melembutkan hati.
  3. Perintah supaya mengikuti para khalifah yang terdidik lagi mendapat tunjuk ajar yang empat selepas baginda, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali رضي الله عنهم.
  4. Larangan melakukan bid'ah dalam agama kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
  5. Dengar dan taat kepada sesiapa yang memegang urusan orang-orang beriman, selama mana bukan dalam perkara maksiat.
  6. Kepentingan bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada setiap masa dan keadaan.
  7. Perselisihan pasti akan berlaku dalam umat ini, dan apabila ia berlaku maka wajiblah kembali kepada sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...