Category:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْت يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الجَنَّةَ وَيُبَاعِدْنِي مِنْ النَّارِ، قَالَ:
«لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ البَيْتَ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ، الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ المَاءُ النَّارَ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ تَلَا: {تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ} حَتَّى {بَلَغَ يَعْمَلُونَ}، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُك بِرَأْسِ الأَمْرِ وَعَمُودِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ، فَقُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُك بِمِلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ، فقُلْت: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّه! فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالَ: كُفَّ عَلَيْك هَذَا، قُلْت: يَا نَبِيَّ اللَّهِ! وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ، فَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ قَالَ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إلَّا حَصَائِدُ أَلسِنَتِهِمْ»!

[صحيح] - [رواه الترمذي] - [الأربعون النووية: 29]
المزيــد ...

Daripada Mu‘ādh bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku daripada neraka.” Baginda bersabda:
“Sesungguhnya engkau telah bertanya tentang perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi sesiapa yang Allah memudahkan kepadanya: Beribadahlah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan lakukan haji ke Baitullah. Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api dan solat pada waktu malam.’ Kemudian baginda membaca ayat: {mereka menahan diri dari tempat tidur mereka} sehingga sampai kepada ayat: {apa yang mereka lakukan}. Kemudian baginda bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu pokok urusan, tiangnya dan kemuncaknya?’ Aku menjawab: ‘Ya, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda: ‘Pokok urusan itu ialah Islam, tiangnya ialah solat, dan kemuncaknya ialah jihad.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku beritahu kepadamu pemegang segala itu?’ Aku menjawab: ‘Ya, wahai Rasulullah!’ Lalu baginda mengambil lidahku dengan tangannya seraya bersabda: ‘Kawallah lidahmu!’ Aku berkata: ‘Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya kami akan diminta bertanggungjawab atas apa yang kami ucapkan.’ Baginda bersabda: ‘Apalah engkau! Tidaklah manusia ditimpa kecelakaan melainkan akibat perbuatan lidah mereka sendiri.

[صحيح] - [رواه الترمذي] - [الأربعون النووية - 29]

Explanation

Mu‘az رضي الله عنه berkata: “Aku berada bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: “Engkau telah bertanya amalan yang besar lagi berat kepada diri, namun ia mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya; tunaikanlah kewajipan-kewajipan Islam:
Pertama: Sembahlah Allah sahaja dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.
Kedua: Dirikanlah solat lima waktu yang wajib setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak, dengan menunaikan syarat, rukun, dan kewajipannya.
Ketiga: Tunaikanlah zakat yang wajib, iaitu ibadah harta yang diwajibkan ke atas setiap harta yang mencapai kadar tertentu menurut syarak, diberikan kepada yang berhak menerimanya.
Keempat: Berpuasalah pada bulan Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat ibadah, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Kelima: Tunaikanlah haji ke Baitullah dengan niat menunaikan ibadah haji sebagai suatu ibadah kerana Allah Ta‘ala.
Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu jalan yang membawa kepada pintu-pintu kebaikan? Iaitu dengan mengikuti kewajipan-kewajipan tersebut disertai amalan-amalan sunat:
Pertama: Puasa sunat, ia berfungsi sebagai perisai daripada terjerumus ke dalam maksiat dengan menahan nafsu dan melemahkan kekuatan syahwat.
Kedua: Sedekah sunat memadamkan dosa setelah dilakukannya, menghilangkan dan menghapus kesannya.
Ketiga: Solat Tahajjud pada sepertiga malam yang terakhir. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم membaca firman Allah Ta‘ala: {Mereka menjauhkan punggung mereka daripada tempat tidur mereka, mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan solat, zikir dan bacaan Al-Quran, dengan rasa takut dan mengharap, dan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka membelanjakan nya. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang Kami sediakan untuk mereka sebagai kesenangan mata} iaitu nikmat yang menyenangkan pandangan mereka di Hari Kiamat dan di syurga, {sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan}.
Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu asal agama, tiangnya yang menjadi sandarannya, dan kemuncaknya?”
Mu‘az رضي الله عنه menjawab: “Tentu sekali, wahai Rasulullah.”
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pokok segala urusan ialah Islam, iaitu dua kalimah syahadah; dengannya terbina pada diri seseorang asas agama.” Tiangnya ialah solat; tiada Islam tanpa solat, sebagaimana tiada rumah tanpa tiang. Sesiapa yang menegakkan solat, kukuhlah agamanya dan bertambah tingginya darjatnya. Manakala puncak tertingginya ialah jihad, iaitu berusaha gigih menentang musuh agama demi meninggikan kalimah Allah.
Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu cara menjaga dan menyempurnakan segala yang telah disebutkan tadi?” Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: “Tahanlah ini dan janganlah engkau bercakap tentang perkara yang tidak berkait denganmu.” Mu‘az bertanya: “Adakah Tuhan kita akan menghukum, menghitung, dan membalas kita atas setiap apa yang kita ucapkan?”
Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Semoga ibumu kehilangan kamu!” Ini bukan bermaksud doa buruk ke atasnya, tetapi ia merupakan ungkapan orang Arab untuk menarik perhatian terhadap perkara yang patut diambil cakna dan dimaklumi. Kemudian baginda bersabda: “Tidaklah manusia dilempar dan dijatuhkan ke dalam api neraka atas muka mereka, kecuali akibat dari lidah mereka, berupa kekufuran, tuduhan, cercaan, mengumpat, mengadu domba, fitnah, dan seumpamanya.”

Benefits from the Hadith

  1. Para sahabat رضي الله عنهم sangat bersemangat menuntut ilmu, oleh itu mereka kerap bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم mengenainya.
  2. Para sahabat رضي الله عنهم memiliki kefahaman yang mendalam kerana mereka mengetahui bahawa amal perbuatan adalah sebab untuk memasuki syurga.
  3. Soalan yang diajukan oleh Mu‘az رضي الله عنه adalah soalan yang agung; kerana sesungguhnya ia merupakan rahsia kehidupan dan kewujudan. Setiap makhluk di dunia ini, sama ada dalam kalangan manusia atau jin, matlamatnya sama ada syurga atau neraka. Justeru, soalan ini sangat agung.
  4. Masuknya seseorang ke syurga bergantung kepada pelaksanaan lima rukun Islam, iaitu: syahadah, solat, zakat, puasa, dan haji.
  5. Pokok agama, tugas yang paling agung dan kewajiban tertinggi adalah mentauhidkan Allah, iaitu menyembah-Nya semata-mata tanpa sekutu.
  6. Rahmat Allah terhadap hamba-Nya adalah dengan membuka pintu-pintu kebaikan bagi mereka supaya dapat mengambil bekal daripada penyebab-penyebab pahala dan pengampunan dosa.
  7. Kelebihan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat selepas menunaikan fardhu.
  8. Solat menurut Islam ibarat tiang yang menjadi tonggak kepada khemah; runtuh Islam seseorang dek hilang solatnya, sepertimana runtuh khemah dek runtuhnya tiang.
  9. Kewajipan menjaga lidah daripada perkara yang membahayakan agama seseorang.
  10. Menahan, mengawal, dan mengekang lidah adalah asas bagi segala kebaikan.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (57)
Categories
More ...