عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا:
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ المَكْتُوبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الحَلَالَ، وَحَرَّمْتُ الحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئًا، أَأَدْخُلُ الجَنَّةَ؟ قَالَ: «نَعَمْ».
[صحيح] - [رواه مسلم] - [الأربعون النووية: 22]
المزيــد ...
Daripada Abu ‘Abdullah, Jabir bin ‘Abdullah Al-Ansari رضي الله عنهما:
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu berkata:
“Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku menunaikan solat fardu, berpuasa Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram, serta tidak menambah apa-apa lagi selain itu, adakah aku akan masuk syurga?”
Baginda menjawab: “Ya.”
[صحيح] - [رواه مسلم] - [الأربعون النووية - 22]
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan tanpa menambah sebarang solat sunat, berpuasa pada bulan Ramadan tanpa puasa sunat, meyakini kehalalan perkara yang halal dan melakukannya serta meyakini keharaman perkara yang haram dan menjauhinya, maka dia akan masuk syurga.