1. Home
  2. Categories
  3. The Creed

Hadith Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال:
كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ: «يَا غُلَامُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ، احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ، لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ، لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ».

Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata:
Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh umat berkumpul untuk memberimu suatu kebaikan maka mereka tidak akan mampu memberikanmu kebaikan itu kecuali sesuatu yang Allah telah tetapkan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk menimpakan mudarat kepadamu maka mereka tidak akan mampu menimpakan mudarat kecuali sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

صحيح رواه الترمذي سنن الترمذي - 2516

Explanation

Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه menceritakan bahawa ketika dia kecil, dia membonceng di belakang Nabi ﷺ. Baginda bersabda kepadanya:
“Aku mahu mengajarkanmu perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepadamu:
Jagalah Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada segala larangan-Nya, di mana Dia mendapati kamu dalam ketaatan dan amalan-amalan yang mendekatkanmu kepada-Nya, dan Dia tidak menemuimu dalam maksiat dan dosa. Jika engkau melakukan itu, maka balasanmu ialah Allah akan memelihara dirimu daripada segala bahaya dunia dan akhirat, serta menolongmu dalam setiap urusanmu ke mana sahaja engkau bergerak.”
Apabila ingin meminta sesuatu, jangan minta kecuali kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu menjawab permintaan para hamba-Nya.”
Sekiranya engkau ingin meminta pertolongan, janganlah meminta pertolongan melainkan kepada Allah.
Hendaklah kamu yakin bahawa kamu tidak akan memperoleh sebarang kebaikan walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memberimu kebaikan, melainkan apa yang Allah sudah tetapkan untukmu. Begitu juga, kamu tidak akan ditimpa sebarang bahaya walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memudaratkanmu, melainkan apa yang Allah sudah takdirkan Allah ke atasmu.
(Ketahuilah) bahawa perkara ini telah ditulis dan ditakdirkan oleh Allah menurut hikmah dan ilmu-Nya, dan tiada yang dapat mengubah apa yang telah Allah tetapkan.

Benefits from the Hadith

  1. Kepentingan mendidik kanak-kanak tentang perkara agama, termasuk tauhid, adab dan lain-lain.
  2. Balasan setimpal dengan perbuatan.
  3. Perintah supaya bergantung harap kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya, kerana Dia-lah sebaik-baik Pelindung.
  4. Beriman kepada qada' dan qadar Allah, serta menerima ketentuan-Nya kerana Allah telah menetapkan segala sesuatu.
  5. Sesiapa yang mengabaikan urusan Allah, maka Allah akan membiarkannya dan tidak menjaganya.

View Translations

69 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية