عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ».
[قال النووي: حديث حسن] - [رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما] - [الأربعون النووية: 39]
المزيــد ...
Daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku kerana kesilapan, kelalaian dan apa sahaja yang mereka dipaksa melakukannya.”
[قال النووي: حديث حسن] - [رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما] - [الأربعون النووية - 39]
Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah telah memberi pengampunan kepada umat Baginda dalam tiga keadaan: Pertama: Kesilapan – iaitu perbuatan yang dilakukan tanpa niat sengaja. Maksudnya, seorang Muslim berniat melakukan sesuatu, tetapi hasil perbuatannya berbeza daripada yang dimaksudkan. Kedua: Lupa – iaitu apabila seorang Muslim sedar akan sesuatu, tetapi terlupa sewaktu melakukan perbuatan itu. Dalam hal ini, tiada dosa dikenakan. Ketiga: Dipaksa – iaitu apabila seorang hamba dipaksa melakukan sesuatu yang tidak dikehendakinya dan dia tidak mampu menolak paksaan itu. Dalam keadaan ini, tiada dosa yang dikenakan ke atasnya. Perlu diperhatikan bahawa topik hadis ini adalah mengenai hubungan hamba dengan Tuhannya dalam melakukan perkara yang diharamkan. Adapun jika meninggalkan perintah kerana lupa, maka tidak gugur. Namun, jika perbuatan itu mengakibatkan kemudaratan kepada makhluk, maka hak makhluk tidak gugur. Contohnya jika membunuh secara tidak sengaja, wajib membayar diyat, atau merosakkan kereta secara tidak sengaja, wajib menanggung ganti rugi.