عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
«دَعُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ، إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِسُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ، فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ، وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ».
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح البخاري: 7288]
المزيــد ...
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Biarkanlah Aku dengan apa yang Aku tinggalkan untukmu; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih terhadap para nabi mereka. Maka apabila Aku melarang kamu dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila Aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu maka lakukanlah sebahagian daripadanya menurut kemampuanmu.”
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح البخاري - 7288]
Nabi ﷺ menyatakan bahawa hukum-hukam syarak terbahagi kepada tiga bahagian: perkara yang dibiarkan (tidak disebut secara khusus), larangan-larangan dan perintah-perintah.
Bahagian pertama ialah perkara yang tidak disebutkan oleh syarak, iaitu perkara yang tidak disebutkan hukumnya (secara khusus). Dalam hal ini, asas asal sesuatu perkara adalah tidak wajib. Pada zaman Nabi ﷺ, wajib tidak bertanya tentang sesuatu yang tidak berlaku kerana bimbang akan muncul (hukum) wajib atau haram. Hal ini kerana Allah tidak menyebutkannya sebagai rahmat kepada hamba-Nya. Manakala selepas kewafatan Nabi ﷺ, jika pertanyaan itu bertujuan untuk meminta fatwa atau pembelajaran mengenai perkara agama yang diperlukan maka ia dibenarkan malah disyariatkan. Namun, jika pertanyaan itu dilakukan dengan sikap melampau atau berlebihan sehingga memaksa, itulah yang dimaksudkan dengan meninggalkan bertanya dalam hadis ini. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada keadaan seperti yang menimpa Bani Israil; apabila mereka diperintahkan menyembelih seekor lembu, jika mereka menyembelih apa-apa lembu sahaja sudah memadai, tetapi mereka bersikap terlalu ketat sehingga mereka ditimpa kesukaran.
Kedua: Larangan; iaitu perkara yang diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya dan akan diseksa orang yang melakukannya. Maka semua larangan ini wajib dielakkan sepenuhnya.
Ketiga: Perintah; iaitu perkara yang diberi pahala kepada orang yang melakukannya dan diseksa orang yang meninggalkannya. Oleh itu, wajib melaksanakan semua perintah ini semampu mungkin.