عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ عَامَ الفَتْحِ وَهُوَ بِمَكَّةَ:
«إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الخَمْرِ، وَالمَيْتَةِ وَالخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ»، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ شُحُومَ المَيْتَةِ، فَإِنَّهَا يُطْلَى بِهَا السُّفُنُ، وَيُدْهَنُ بِهَا الجُلُودُ، وَيَسْتَصْبِحُ بِهَا النَّاسُ؟ فَقَالَ: «لاَ، هُوَ حَرَامٌ»، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «قَاتَلَ اللَّهُ اليَهُودَ إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ شُحُومَهَا جَمَلُوهُ، ثُمَّ بَاعُوهُ، فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ».
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح البخاري: 2236]
المزيــد ...
Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda ketika tahun pembukaan Kota Mekah, semasa baginda berada di Mekah:
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi, dan berhala.” Lalu ditanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan lemak bangkai, kerana ia digunakan untuk melapisi kapal, menyamak kulit dan orang ramai memakainya?” Baginda menjawab: “Tidak, ia haram.”
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Semoga Allah telah menghancurkan orang Yahudi kerana apabila Allah mengharamkan lemak itu, mereka (memproses dengan) mengeluarkan minyaknya. Kemudian mereka menjualnya, lalu memakan hasil jualannya.”
[صحيح] - [متفق عليه] - [صحيح البخاري - 2236]
Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda pada tahun pembukaan Kota Mekah semasa baginda berada di Mekah: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.” Lalu ditanya: “Wahai Rasulullah, adakah dibolehkan menjual lemak bangkai? Kerana ia digunakan untuk melapisi kapal, dijadikan minyak dan orang ramai menyalakan pelita mereka dengannya.” Baginda menjawab: “Tidak, jualannya haram.” Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Allah telah memusnahkan dan melaknati orang Yahudi; apabila Allah mengharamkan lemak binatang ke atas mereka, mereka mencairkannya, kemudian menjual minyaknya, lalu memakan hasil jualannya.”