عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ، كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ، وَالكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ، وَيُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ».

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Setiap sendi daripada tubuh manusia mempunyai sedekah. Setiap hari yang matahari terbit, di mana seseorang mendamaikan secara adil antara dua orang merupakan sedekah. Membantu seseorang menaiki tunggangannya atau mengangkat barangnya ke atasnya adalah sedekah. Ucapan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang diambil menuju solat adalah sedekah. Mengalihkan gangguan dari jalan juga adalah sedekah.”

صحيح متفق عليه صحيح البخاري - 2989

Explanation

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap Muslim yang mukallaf perlu setiap hari memberikan sedekah bagi setiap sendi daripada sendi-sendi tulangnya secara sukarela kepada Allah Ta‘ala, sebagai tanda syukur atas kesihatan dan Allah menjadikan tulangnya dengan sendi-sendi agar dia mampu menggenggam dan melepaskan sesuatu. Sedekah itu dilaksanakan melalui amal-amal kebajikan dan tidak terhad kepada pemberian harta sahaja, antaranya: Menyatukan dan memperbaiki hubungan antara dua pihak yang berselisih adalah sedekah. Bantuan kamu kepada orang yang lemah untuk menaiki tunggangannya atau mengangkat barangnya adalah satu sedekah. Ucapan yang baik, sama ada zikir, doa, salam, atau seumpamanya adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau ambil menuju solat adalah sedekah. Menyingkirkan gangguan di jalanan adalah sedekah.

Benefits from the Hadith

  1. Susunan tulang manusia dan kesempurnaannya merupakan antara nikmat terbesar Allah Ta‘ala kepadanya, lalu setiap tulang memerlukan sedekah secara khusus bagi menyempurnakan kesyukuran atas nikmat tersebut.
  2. Galakan untuk memperbaharui rasa syukur setiap hari agar dapat berterusan menikmati nikmat-nikmat tersebut.
  3. Galakan untuk sentiasa mengamalkan solat sunat dan sedekah setiap hari.
  4. Keutamaan memperbaiki hubungan sesama manusia.
  5. Galakan untuk seseorang membantu saudaranya (yang lain) kerana pertolongannya itu dikira sebagai sedekah.
  6. Galakan untuk menghadiri solat berjemaah dan berjalan menuju kepadanya serta menjadikan masjid itu makmur dengan kehadiran tersebut.
  7. Kewajipan menghormati jalan-jalan yang digunakan oleh umat Islam dengan menjauhi segala yang boleh membahayakan atau menyusahkan mereka.

View Translations

62 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan Azeri
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية