1. Home
  2. Categories
  3. The Noble Qur'an and Qur'anic Sciences

Hadith Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami}

عَنْ ‌أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:
كَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يَقْرَؤُونَ التَّوْرَاةَ بِالْعِبْرَانِيَّةِ، وَيُفَسِّرُونَهَا بِالْعَرَبِيَّةِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ، وَقُولُوا: {آمَنَّا بِاللهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا} [البقرة: 136] الْآيَةَ».

Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata:
Ahli Kitab biasa membaca Taurat dalam bahasa Ibrani, dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami} [Al-Baqarah: 136] ayat tersebut.”

صحيح رواه البخاري صحيح البخاري - 4485

Explanation

Nabi ﷺ mengingatkan umatnya agar tidak terpedaya dengan riwayat yang disampaikan oleh Ahli Kitab dari kitab-kitab mereka. Pada zaman Nabi ﷺ, kaum Yahudi lazimnya membaca kitab Taurat dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa kaum Yahudi, dan menafsirkannya dalam bahasa Arab, Maka Baginda ﷺ bersabda: “Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan ini adalah dalam perkara yang tidak diketahui benar atau dustanya.” Hal ini kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada kita, dan kitab yang diturunkan kepada mereka. Akan tetapi, tiada jalan bagi kita untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah daripada apa yang mereka riwayatkan tentang kitab-kitab tersebut, jika tidak terdapat dalam syariat kita sesuatu yang menjelaskan kebenarannya daripada kepalsuannya, Maka kita mengambil sikap berkecuali; kita tidak membenarkan mereka agar tidak bersubahat dalam penyelewengan mereka, dan kita juga tidak mendustakan mereka kerana berkemungkinan ia adalah benar, lalu kita akan mengingkari perkara yang kita diperintahkan untuk beriman dengannya. Nabi ﷺ memerintahkan supaya kita berkata: "Kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami, kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan keturunan mereka, kepada apa yang diberikan kepada Musa dan Isa, serta kepada apa yang diberikan kepada para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan antara seorang pun dari mereka, dan kami hanya berserah diri kepada-Nya." (Surah al-Baqarah: 136).

Benefits from the Hadith

  1. Khabar yang disampaikan oleh Ahli Kitab terbahagi kepada tiga bahagian: bahagian yang selari dengan al-Quran dan Sunnah maka ia dibenarkan, bahagian yang bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah maka ini adalah batil dan didustakan, dan bahagian ketiga yang tiada di dalam al-Quran dan Sunnah apa yang menunjukkan kebenarannya atau kedustaannya; maka ini diriwayatkan, dan tidak dibenarkan dan tidak pula didustakan.

View Translations

68 Language
EN English English
UR اردو Urdu
ES Español Spanish
ID Indonesia Indonesian
UG ئۇيغۇرچە Uyghur
BN বাংলা Bengali
FR Français French
TR Türkçe Turkish
RU Русский Russian
BS Bosanski Bosnian
SI සිංහල Sinhala
HI हिन्दी Indian
ZH 中文 Chinese
FA فارسی Persian
VI Tiếng Việt Vietnamese
TL Tagalog Tagalog
KU Kurdî Kurdish
HA Hausa Hausa
PT Português Portuguese
ML മലയാളം Malayalam
TE తెలుగు Telgu
SW Kiswahili Swahili
TA தமிழ் Tamil
MY မြန်မာ Burmese
TH ไทย Thai
DE Deutsch German
JA 日本語 Japanese
PS پښتو Pashto
AS অসমীয়া Assamese
SQ Shqip Albanian
SV Svenska Swedish
AM አማርኛ amharic
NL Nederlands Dutch
GU ગુજરાતી Gujarati
KY Кыргызча Kyrgyz
NE नेपाली Nepali
YO Yorùbá Yoruba
LT Lietuvių Lithuanian
PRS دری Dari
SR Српски Serbian
SO Soomaali Somali
TG тоҷикӣ Tajik
RW Kinyarwanda Kinyarwanda
RO Română Romanian
HU Magyar Hungarian
CS Čeština Czech
MOS Moore الموري
MG Malagasy Malagasy
FF Fulfulde Fulani
IT Italiano Italian
OM Oromoo Oromo
KN ಕನ್ನಡ Kannada
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan Azeri
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek Uzbek
UK Українська Ukrainian
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية