Category:

عَن ابنِ عباسٍ رضي الله عنهما أنَّ رسولَ اللهِ صلي الله عليه وسلم قال:
«لَو يُعطَى النّاسُ بدَعواهُم لادَّعَى رِجالٌ أموالَ قَومٍ ودِماءَهُم، لَكِنَّ البَيِّنَةَ على المُدَّعِى، واليَمينَ على مَن أنكَرَ».

[حسن] - [رواه البيهقي، وغيره هكذا، وبعضه في الصحيحين] - [الأربعون النووية: 33]
المزيــد ...

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Sekiranya manusia diberi (sesuatu) berdasarkan dakwaan mereka, tentulah ada orang menuntut harta dan nyawa orang lain tetapi hujah dan bukti berada pada pihak yang menuntut, dan sumpah berada pada pihak yang menafikannya."

[حسن] - [رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين] - [الأربعون النووية - 33]

Explanation

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sekiranya seseorang diberi hanya berdasarkan tuntutan mereka tanpa bukti atau petunjuk maka pasti ada orang yang akan menuntut harta dan nyawa orang lain. Oleh itu, pihak yang menuntut wajib mengemukakan bukti dan dalil bagi tuntutannya. Jika dia tiada bukti, tuntutan itu diserahkan kepada pihak yang dituntut; jika pihak itu menafikannya, maka wajib atasnya bersumpah, dan dia akan terbebas daripada tuntutan tersebut.

Benefits from the Hadith

  1. Ibn Daqīq al-‘Īd berkata: “Hadis ini adalah salah satu asas daripada asas-asas hukum, dan ia merupakan rujukan yang paling utama dalam hal perselisihan dan pertikaian.”
  2. Syariat diturunkan untuk melindungi harta dan nyawa manusia daripada sebarang penyelewengan.
  3. Hakim tidak membuat keputusan berdasarkan ilmunya sahaja, tetapi merujuk kepada bukti-bukti yang ada.
  4. Sesiapa yang menuntut sesuatu tuntutan tanpa bukti maka ia akan ditolak, sama ada berkaitan dengan hak dan urusan muamalat atau dalam perkara iman dan ilmu.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (56)
Categories
More ...