عَنْ ‌أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟» قَالَ: قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: «يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟» قَالَ: قُلْتُ: {اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255]. قَالَ: فَضَرَبَ فِي صَدْرِي، وَقَالَ: «وَاللهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ، أَبَا الْمُنْذِرِ».

[صحيح] - [رواه مسلم] - [صحيح مسلم: 810]
المزيــد ...

Daripada Ubay bin Ka‘b رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab:{اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255].” Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Demi Allah, semoga engkau berbahagia dengan ilmu ini, wahai Abu al-Munzir.”

[صحيح] - [رواه مسلم] - [صحيح مسلم - 810]

Explanation

Nabi ﷺ bertanya kepada Ubayy bin Ka'b tentang ayat yang paling agung di dalam kitab Allah, lalu beliau teragak-agak untuk menjawab. Kemudian, beliau berkata: "Ia adalah Ayat al-Kursi: {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)}." Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya, lalu Baginda menepuk dadanya sebagai isyarat akan kepenuhannya dengan ilmu dan hikmah, dan mendoakannya agar beliau berbahagia dengan ilmu ini serta dipermudahkan baginya.

Benefits from the Hadith

  1. Kelebihan agung bagi Ubay bin Ka'b رضي الله عنه.
  2. Ayat Kursiy ialah ayat teragung dalam Kitab Allah Ta'ala, maka seyogianya ia dihafal, ditadabbur makna-maknanya, dan diamalkan.
View Translations
Language: English Urdu Spanish More ... (68)